awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rais Yatim dianugerahkan ijazah kehormat kedoktoran seni kreatif

Bernama
Bernama
12/12/2021
21:27 MYT
Rais Yatim dianugerahkan ijazah kehormat kedoktoran seni kreatif
Penganugerahan itu merupakan penghormatan tinggi buat Rais, atas jasa dan pengorbanan beliau merancang pembangunan seni budaya tanah air. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim dianugerahkan ijazah kehormat kedoktoran seni kreatif (perancang seni budaya) sempena istiadat Konvokesyen Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ke-16 pada Ahad.
Menurut kenyataan Aswara, penganugerahan tersebut merupakan penghargaan dan penghormatan tinggi buat Rais, atas jasa dan pengorbanan beliau merancang pembangunan dan pengembangan seni budaya tanah air.
"Perancangan ini dilakukan bukan sahaja ketika dalam konteks tugas rasmi beliau di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta sebagai Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia.
"Malah di luar kapasiti, beliau sentiasa memperlihatkan minat yang sangat mendalam terhadap seni budaya yang berbentuk persuratan dan persembahan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan seramai 547 graduan-graduan 2020 dan 2021 Aswara yang menamatkan pengajian dalam pelbagai peringkat diraikan di Istana Budaya di sini pada Ahad.
Istiadat tersebut disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Pengerusi Aswara Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Rais Yatim
#Aswara
#ijazah kehormat kedoktoran
#Seni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan