awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
31/08/2024
06:30 MYT
Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia
Raja Charles III menyatakan baginda meraikan kerjasama moden antara Malaysia dan United Kingdom khususnya dalam aspek perdagangan, pelaburan, teknologi, pendidikan dan keselamatan. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Raja Britain, Raja Charles III dan Permaisuri Camilla mengutuskan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67 hari ini.

Ringkasan AI
  • Raja Charles III menzahirkan penghargaan atas hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan United Kingdom serta mengharapkan yang terbaik buat Malaysia bagi tahun mendatang.
  • Raja Charles III juga menyatakan bahawa baginda meraikan kerjasama moden antara Malaysia dan United Kingdom khususnya dalam aspek perdagangan, pelaburan, teknologi, pendidikan dan keselamatan.
  • Pada masa sama titahnya, agenda memerangi perubahan iklim merupakan satu agenda bersama dan baginda mengalu-alukan usaha bersama dua negara dalam melindungi biodiversiti dan usaha mempromosi visi dan misi kepada peralihan tenaga bersih.

Menerusi ucapan tersebut, baginda turut menzahirkan penghargaan atas hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan United Kingdom serta mengharapkan yang terbaik buat Malaysia bagi tahun mendatang.
‘’Beta menghargai hubungan erat antara negara kita dan yakin bahawa hubungan ini akan terus berkembang dan bertambah erat tatkala negara-negara Komanwel bakal meraikan ulang tahun ke-75 pembentukan kesatuan itu.
‘’Sambutan ulang tahun ini juga merupakan peringatan kepada seluruh negara kesatuan Komanwel untuk menghargai nilai dan aspirasi yang menyatukan semua,’’ kata baginda.
Utusan ucapan Selamat Hari Kebangsaan daripada Raja Charles III kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia.
Utusan ucapan Selamat Hari Kebangsaan daripada Raja Charles III kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia.
Selain itu, Raja Charles III juga menyatakan baginda meraikan kerjasama moden antara Malaysia dan United Kingdom khususnya dalam aspek perdagangan, pelaburan, teknologi, pendidikan dan keselamatan.
Pada masa sama titahnya, agenda memerangi perubahan iklim merupakan satu agenda bersama dan baginda mengalu-alukan usaha bersama dua negara dalam melindungi biodiversiti dan usaha mempromosi visi dan misi kepada peralihan tenaga bersih.
Mengakhiri ucapannya, baginda juga berharap akan bertemu dengan semua pemimpin wakil anggota Komanwel di Samoa sempena Commanwealth Heads of Government Meeting yang akan berlangsung pada Oktober depan.
Topic Berkaitan
#Raja Charles III
#Hari Kebangsaan 2024
#Malaysia
#Britain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan