MALAYSIA
Raja Muda Kedah puji tindakan warga emas lapor cucu terlibat dadah
Tengku Sarafuddin Badlishah dan Che Puan Muda Zaheeda ketika berangkat ke rumah warga emas yang melaporkan cucunya kepada AADK kerana terlibat salah guna dadah. - Foto Facebook Kedah Royal Family
SUNGAI PETANI: Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin, memuji tindakan seorang warga emas dari Kampung Sungai Pial, Merbok, yang melaporkan cucunya kepada pihak berkuasa kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Ringkasan AI
Menurut baginda, tindakan itu berani, bertanggungjawab dan wajar dijadikan contoh oleh masyarakat sekiranya berdepan situasi sama.
"Ini adalah satu langkah yang bertanggungjawab dan berani. Ia tanda kasih sayang terhadap cucu kerana tindakan sebegini mampu menyelamatkan beliau daripada keadaan yang lebih teruk.
"Melaporkan perkara yang tidak betul adalah tanggungjawab dari segi agama dan moral. Kita tidak boleh menyembunyikan perkara salah yang berlaku," titah baginda ketika berangkat ke rumah warga emas itu semalam.
Baginda turut menekankan bahawa melaporkan aktiviti penyalahgunaan dadah kepada pihak berkuasa seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) membolehkan tindakan sewajarnya diambil terhadap individu terbabit.
Turut berangkat, Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata cucu warga emas itu yang berusia 29 tahun pernah ditahan polis pada 2020, 2023 dan 2024 atas kesalahan berkaitan dadah.
Beliau berkata lelaki itu ditahan sekali lagi malam kelmarin selepas datuknya membuat laporan polis yang meminta supaya cucunya segera ditangkap.
"Suspek ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis sedang dalam proses membuat permohonan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39C akta sama," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan seorang warga emas bertindak melaporkan cucunya kepada pihak berkuasa selepas dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin, memuji tindakan warga emas dari Kampung Sungai Pial yang melaporkan cucunya kerana penyalahgunaan dadah sebagai langkah bertanggungjawab dan berani.
- Baginda menekankan bahawa melaporkan kesalahan kepada pihak berkuasa seperti AADK adalah tindakan yang wajar dan membantu menyelamatkan individu daripada keadaan yang lebih teruk.
- Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan mengesahkan bahawa cucu warga emas itu telah ditahan sebelum ini atas kesalahan berkaitan dadah dan ditahan semula selepas laporan daripada datuknya.