awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN gerakkan semua agensi berkaitan banteras pemalsuan MyKad
Iran tegaskan suasana kembali aman, tolak naratif palsu berita luar
KPKT umum RM3 juta bina enam Taman MADANI di Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Muda Perlis ingatkan Penolong Pendaftar Nikah jauhi salah guna kuasa, pelihara integriti

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2025
02:40 MYT
Raja Muda Perlis ingatkan Penolong Pendaftar Nikah jauhi salah guna kuasa, pelihara integriti
Tuanku Syed Faizuddin (tengah) berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam Negeri Perlis Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Warisan, di Kangar, pada Rabu.
KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan para Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) agar menjauhi sebarang bentuk salah guna kuasa serta memainkan peranan sebagai penasihat komuniti yang dihormati dan diyakini masyarakat.
Baginda menegaskan, setiap Penolong Pendaftar NCR perlu sentiasa memperkukuh nilai integriti, profesionalisme dan kecekapan, khususnya dalam penguasaan teknologi semasa bagi memastikan urusan pentadbiran perkahwinan Islam dilaksanakan dengan lebih efisien dan berhemah.
Menurut baginda, tugas Penolong Pendaftar bukan sekadar melafazkan akad nikah semata-mata, tetapi merupakan amanah besar yang menyentuh aspek pemeliharaan institusi kekeluargaan Islam, penjagaan keturunan (nasab), serta memastikan kestabilan sosial dalam masyarakat.
“Dengan komitmen yang tinggi serta amanah yang dijunjung, peranan Penolong Pendaftar NCR akan terus menyinar bukan sahaja di Negeri Perlis, malah menjadi contoh teladan kepada negeri-negeri lain dalam memperkukuh institusi kekeluargaan Islam,” titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam Negeri Perlis Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Warisan, di sini, pada Rabu.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Maizura Shamsuddin; Mufti Negeri Perlis,Datuk Mohd Asri Zainul Abidin serta Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.
Majlis anjuran JAIPs dengan kerjasama MAIPs dan Jabatan Mufti Negeri Perlis itu turut menyaksikan baginda berkenan menyempurnakan pengurniaan sijil pelantikan Penolong Pendaftar Perkahwinan kepada 36 individu mewakili seluruh kariah di negeri berkenaan.
Majlis turut diserikan dengan sesi perkongsian ilmu bertajuk “Tatakelola Pengurusan Pendaftaran Nikah Dalam dan Luar Negara” oleh Pengarah JAIPs, Maizura Shamsuddin; “Integriti Dalam Pengurusan Perkahwinan” oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis; serta “Etika Akad Nikah” oleh Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk JAIPs, Ahmad Sirajuddin Abdul Satar.
Topic Berkaitan
#Raja Muda Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk
#salah guna kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan