MALAYSIA
Raja Muda Perlis lancar Kurma Perlis, angkat warisan kulinari negeri ke pentas nasional
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) pada majlis pelancaran Produk Masakan Tradisional Kurma Perlis, yang menampilkan dua hidangan istimewa - Kurma Daging Perlis dan Kurma Ayam Perlis.
KUALA LUMPUR: Keaslian dan keunggulan warisan kulinari Negeri Perlis terus menyerlah dengan pelancaran Produk Masakan Tradisional Kurma Perlis, yang menampilkan dua hidangan istimewa - Kurma Daging Perlis dan Kurma Ayam Perlis - hasil usaha RG Food Industries Sdn. Bhd. (RGFI).
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu acara gilang-gemilang yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara, pada Sabtu.
Produk tersebut bukan sekadar juadah, sebaliknya manifestasi seni masakan tradisional yang diwarisi turun-temurun, dirumus daripada adunan rempah asli dan disesuaikan dengan sentuhan inovasi moden bagi menepati cita rasa pengguna masa kini tanpa menjejaskan keaslian dan keharuman rempah tradisionalnya.
Inisiatif berimpak tinggi ini merupakan ilham Syed Faizuddin sendiri, yang berhasrat memperkenalkan dan memperkukuh promosi masakan autentik serta produk tempatan Negeri Perlis melalui kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF), agar terus gah dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa.
Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli; Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Rahimi Ismail; Pengerusi Eksekutif RGFI, Datuk Mohd Radzuan Abdullah serta Pengarah La Changgung Marketing, Sulia Awang.
Selain memperkenalkan dua produk utama Kurma Perlis, RGFI turut menampilkan beberapa produk baharu hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) berterusan, antaranya Gulai Daging Rebung Utara, Pekasam Timah Tasoh Perlis, dan Belacan Madu Kuala Perlis.
Sebagai peneraju dalam penghasilan produk Ready to Cook (RTC) dan Ready to Eat (RTE), RGFI menggunakan teknologi Thermal Decontamination System (TDS) bagi memastikan setiap produk mengekalkan rasa asli, kesegaran dan kualiti premium seperti masakan tradisional sebenar.
Pelancaran ini bukan sahaja memperkukuh identiti gastronomi Negeri Perlis, malah menjadi platform strategik untuk mempromosikan budaya, warisan dan keunikan negeri ke peringkat lebih luas - sekali gus memperkukuh kedudukan Perlis sebagai destinasi kulinari warisan di rantau ini.