MALAYSIA
Raja Muda Perlis seru alumni UniMAP perkukuh ekosistem pendidikan negara
Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenaan menghadiri Majlis Perhimpunan Alumni UniMAP di Petaling Jaya, pada Selasa. - Gambar/ Astro AWANI
PETALING JAYA: Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diseru untuk terus memacu budaya ‘giving back’ sebagai teras memperkukuh ekosistem pendidikan negara, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Ringkasan AI
Baginda menegaskan, peranan alumni amat signifikan dalam menyumbang kepada pembangunan institusi melalui bimbingan, tajaan, perkongsian pengalaman serta penyediaan peluang kerjaya yang dapat meningkatkan kualiti graduan dan daya saing universiti.
“Anda adalah aset penting kepada UniMAP, negeri Perlis dan negara. Kehadiran anda dalam pelbagai sektor membuktikan bahawa alumni merupakan rantaian penghubung antara institusi pendidikan dan pembangunan nasional,” titah baginda yang juga Tuanku Canselor UniMAP.
Titah tersebut dizahirkan sempena Majlis Perhimpunan Alumni Industri Chapter Tengah dan Selatan 2025 UniMAP yang berlangsung di Hotel The Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya, pada Selasa.
Keberangkatan Tuanku Raja Muda diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro Canselor serta Pro Canselor 2, Puteri Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.
Ketibaan baginda disambut Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli.
Perhimpunan yang menghimpunkan lebih 250 alumni itu menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan antara bekas pelajar, pihak industri dan kepimpinan universiti.
Tuanku Raja Muda turut menekankan peranan alumni dalam membangunkan jaringan kerjaya, membuka peluang latihan industri serta menyokong program akademik berterusan, selain menyokong agenda digitalisasi dan inovasi yang diperlukan industri semasa.
Sementara itu, Zaliman dalam ucapannya berkata, inisiatif ‘500 Kasih Alumni’ kini menjadi simbol budaya menyumbang kembali yang semakin kukuh dalam kalangan bekas pelajar, selain Tabung Wakaf Alumni UniMAP yang kini menghampiri kutipan RM200,000.
Majlis berkenaan turut meraikan 35 penerima Outstanding Alumni Awards daripada tujuh fakulti sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan alumni dalam bidang profesionalisme, inovasi, kepimpinan dan keusahawanan.
Ringkasan AI
- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, menyeru alumni UniMAP untuk memacu budaya 'giving back' bagi memperkukuh ekosistem pendidikan negara.
- Peranan alumni dianggap signifikan dalam menyumbang kepada pembangunan institusi melalui bimbingan, tajaan, perkongsian pengalaman, dan peluang kerjaya bagi meningkatkan kualiti graduan.
- Majlis Perhimpunan Alumni Industri Chapter Tengah dan Selatan 2025 UniMAP berlangsung dengan kehadiran lebih 250 alumni, menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan antara bekas pelajar, pihak industri, dan universiti.