MALAYSIA
Raja Muda Perlis seru pemerkasaan agensi demi manfaat komuniti luar bandar
Tuanku Syed Faizuddin menunjukkan isyarat bagus sewaktu berkenan melawat gerai menjual daging tempatan di Karnival Jualan Agro MADANI Peringkat Negeri Perlis di Dataran Datuk Sheikh Ahmad, Kangar, pada Jumaat.
KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar pemerkasaan agensi dan jabatan melalui penganjuran program berteraskan rakyat terus diperkukuhkan sebagai kunci meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan, sekali gus memastikan manfaatnya sampai kepada semua lapisan masyarakat, khususnya komuniti luar bandar.
Baginda bertitah, pendekatan bersepadu antara agensi dan kerajaan negeri bukan sahaja merapatkan hubungan dengan rakyat, malah mengupayakan komuniti melalui peluang ekonomi, keusahawanan dan pembangunan setempat yang lebih mampan.
“Usahawan tempatan digalakkan menyertai pelbagai inisiatif agensi bagi memantapkan pendapatan dan mengukuhkan ekonomi keluarga.
"Mereka juga berperanan sebagai ikon serta sumber inspirasi kepada generasi muda, khususnya usahawan belia,” titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika merasmikan Karnival Jualan Agro MADANI Peringkat Negeri Perlis di Dataran Datuk Sheikh Ahmad, di sini, pada Jumaat.
Karnival anjuran FAMA itu berlangsung dari 20 hingga 23 November, bermula 10 pagi hingga 10 malam, dengan pelbagai aktiviti termasuk jualan produk agro, Fun Run, perlawanan bola sepak dan cabutan bertuah.
Penganjuran empat hari ini dijangka merancakkan ekonomi setempat serta mempromosikan produk agromakanan negeri secara lebih meluas.
Para pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah menarik seperti motosikal, basikal dan gajet melalui cabutan bertuah “Pilihan@Bertuah – Cashless La Boss” yang menggalakkan transaksi tanpa tunai.
Baginda turut menyaksikan penyerahan geran bernilai lebih RM200,000 kepada usahawan tempatan dan melawat reruai pameran sebagai tanda sokongan terhadap usaha memartabatkan produk tempatan.

#Raja Muda Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#Karnival Jualan Agro MADANI
#komuniti luar bandar