awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Muda Perlis, Tengku Mahkota Pahang beri penghormatan terakhir kepada Taib Mahmud

Bernama
Bernama
21/02/2024
06:57 MYT
Raja Muda Perlis, Tengku Mahkota Pahang beri penghormatan terakhir kepada Taib Mahmud
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim (empat, kanan) berkenan berangkat dan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Negara, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Keberangkatan tiba baginda pada pukul 12.07 tengah hari, disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan ahli keluarga bekas Ketua Menteri Sarawak itu.
Turut berangkat memberikan penghormatan terakhir adalah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
Terdahulu, jenazah Allahyarham selesai disolatkan di Masjid Negara pada 10.24 pagi yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni dengan disertai kira-kira 100 hadirin terdiri daripada ahli keluarga, pemimpin negara dan sahabat handai.
Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa ke Dewan Syarahan Utama Masjid Negara untuk ahli keluarga dan rakan-rakan memberi penghormatan terakhir sebelum dibawa keluar dari Masjid Negara pada 12.30 tengah hari untuk ke Pangkalan Tentera Udara (TUDM) Subang sebelum diterbangkan ke Kuching, Sarawak.
Tun Abdul Taib, 87, meninggal dunia pada 4.40 pagi tadi selepas menerima rawatan selama kira-kira seminggu di hospital berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Taib Mahmud
#Pemangku Raja Perlis
#Tengku Mahkota Pahang
#penghormatan terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan