awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Muda Perlis terima menghadap Gabenor Phuket

Bernama
Bernama
07/08/2022
02:15 MYT
Raja Muda Perlis terima menghadap Gabenor Phuket
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Gabenor Phuket Narong Woonciew (dua, kanan). - Foto BERNAMA
PHUKET: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Gabenor Phuket Narong Woonciew di sebuah hotel di sini malam tadi.
Turut berangkat putera baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra.
Pertemuan itu diadakan bermula 8.30 malam waktu tempatan dan turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Antara perkara yang dibicangkan pada pertemuan kira-kira 30 minit itu adalah berkaitan hubungan dua hala kedua-dua negara antaranya kerjasama dalam bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.
Baginda kemudian berkenan memperkenalkan menu makanan Perlis iaitu ikan pekasam Tasoh, gulai rebung tulang dan kurma daging Simpang Empat kepada Gabenor Phuket.
Seramai 35 delegasi daripada ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyertai Program Ziarah Mahabbah 2022 ke Phuket yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#Narong Woonciew
#Syed Sirajuddin Areeb Putra
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan