MALAYSIA
Raja Muda Perlis zahir takziah atas pemergian wakil Astro AWANI, Asri Shafii
Tuanku Syed Faizuddin (dua, kanan) mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta memohon agar keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam berdepan ujian tersebut. - Foto Astro AWANI
KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Asri Shafii, wakil Astro AWANI di negeri Perlis, yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Allahyarham Asri, 49, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai membuat liputan mengenai proses evakuasi rakyat Malaysia yang terperangkap akibat banjir di Hatyai.
Pemergian beliau dipercayai akibat serangan jantung.
Tuanku Syed Faizuddin berkenan menziarahi jenazah Asri dan menyantuni keluarga Allahyarham di Masjid Tambun Tualang, di sini, pada Rabu.
Baginda menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga dan rakan sekerja, tetapi turut dirasai masyarakat yang mengenali dedikasi serta komitmen tinggi beliau dalam dunia kewartawanan.
Tuanku Syed Faizuddin turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta memohon agar keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam berdepan ujian tersebut.
“Semoga segala jasa dan bakti Allahyarham menjadi amal jariah yang berpanjangan,” titah baginda lagi.
Allahyarham Asri menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai membuat liputan mengenai proses evakuasi rakyat Malaysia yang terperangkap akibat banjir di Hatyai, pada Selasa.
Asri pernah bertugas sebagai wartawan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sebelum menjadi Wakil Astro AWANI di Perlis sebagai wartawan sambilan.
Arwah meninggalkan seorang balu, Norhanani Ahmad dan enam orang anak dengan yang bongsu berusia 11 tahun.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Asri Shafii, wakil Astro AWANI di Perlis, yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas membuat liputan banjir di Hatyai.
- Pemergian Allahyarham Asri, bekas wartawan RTM dan BERNAMA, disifatkan sebagai kehilangan besar dalam dunia kewartawanan dan dirasai oleh masyarakat yang mengenali dedikasinya.
- Tuanku Syed Faizuddin menziarahi jenazah Asri di Masjid Tambun Tualang serta mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman, sambil memohon kesabaran bagi keluarga yang ditinggalkan.
Allahyarham Asri, 49, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai membuat liputan mengenai proses evakuasi rakyat Malaysia yang terperangkap akibat banjir di Hatyai.
Pemergian beliau dipercayai akibat serangan jantung.
Tuanku Syed Faizuddin berkenan menziarahi jenazah Asri dan menyantuni keluarga Allahyarham di Masjid Tambun Tualang, di sini, pada Rabu.
Baginda menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga dan rakan sekerja, tetapi turut dirasai masyarakat yang mengenali dedikasi serta komitmen tinggi beliau dalam dunia kewartawanan.
Tuanku Syed Faizuddin turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta memohon agar keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam berdepan ujian tersebut.
“Semoga segala jasa dan bakti Allahyarham menjadi amal jariah yang berpanjangan,” titah baginda lagi.
Allahyarham Asri menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai membuat liputan mengenai proses evakuasi rakyat Malaysia yang terperangkap akibat banjir di Hatyai, pada Selasa.
Asri pernah bertugas sebagai wartawan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sebelum menjadi Wakil Astro AWANI di Perlis sebagai wartawan sambilan.
Arwah meninggalkan seorang balu, Norhanani Ahmad dan enam orang anak dengan yang bongsu berusia 11 tahun.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah yang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Asri Shafii?
A: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. - Q: Apa punca kemangkatan Allahyarham Asri?
A: Dipercayai akibat serangan jantung. - Q: Di mana Tuanku Syed Faizuddin menziarahi jenazah Asri dan menyantuni keluarga Allahyarham?
A: Di Masjid Tambun Tualang, Perlis. - Q: Apa yang Allahyarham Asri lakukan sebelum menghembuskan nafas terakhir?
A: Menjalankan liputan mengenai proses evakuasi rakyat Malaysia yang terperangkap akibat banjir di Hatyai. - Q: Berapakah jumlah anak yang ditinggalkan oleh Allahyarham Asri?
A: Enam orang, dengan yang bongsu berusia 11 tahun.
#Mohamad Asri Shafii meninggal dunia
#Wartawan sambilan Astro AWANI
#banjir Hatyai
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail