awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Muda Selangor berkenan jadi Penaung Diraja Children’s Protection Society Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2025
04:20 MYT
Raja Muda Selangor berkenan jadi Penaung Diraja Children’s Protection Society Malaysia
Children’s Protection Society (CPS) Malaysia hari ini mengumumkan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menjadi Penaung Diraja pertubuhan itu. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Children’s Protection Society (CPS) Malaysia hari ini mengumumkan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menjadi Penaung Diraja pertubuhan itu.
CPS dalam kenyataan memaklumkan, komitmen baginda terhadap pemerkasaan belia telah terbukti menerusi inisiatif Selangor Youth Community (SAY) yang mewujudkan pelbagai platform dinamik oleh belia, untuk belia, bagi membina kepimpinan, daya tahan dan hala tuju hidup.
Nilai tersebut, jelas CPS, amat selari dengan misinya untuk melindungi kanak-kanak daripada penderaan, pengabaian, pembuangan serta eksploitasi, selain memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang selamat, berdaya asuh dan penuh peluang.
Tengku Amir Shah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekologi dan Biologi Alam Sekitar dari University of Leeds turut menjalani latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, serta menamatkan Transformational Leadership Fellowship di Blavatnik School of Government, University of Oxford.
Program itu mencerminkan iltizam baginda terhadap kepimpinan berteraskan nilai, dialog terbuka serta khidmat kepada rakyat.
Ditubuhkan pada tahun 1991, CPS Malaysia ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang berperanan melindungi kanak-kanak daripada penderaan, pengabaian, pembuangan dan eksploitasi melalui advokasi, pendidikan serta perkhidmatan perlindungan langsung.
Matlamat penubuhan CPS juga ialah berteraskan visi untuk mewujudkan sebuah Malaysia di mana setiap kanak-kanak dihargai, dilindungi dan berpeluang mencapai potensi sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#Raja Muda Selangor
#tengku amir shah
#penaung diraja
#Children s Protection Society
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan