KANGAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah selamat menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan di Hospital Putrajaya (HPj), semalam.
Istana Arau dalam kenyataan hari ini memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pembedahan yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu, dan pembedahan selesai dengan jayanya tanpa sebarang masalah pada pukul 6.40 petang.
"Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh rakyat jelata terutamanya di negeri Perlis serta semua kaum kerabat dan sahabat handai yang sama-sama mendoakan kehadapan Allah SWT agar dikurniakan kesejahteraan dan kesembuhan segera ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan Tuanku Syed Faizuddin turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan warga kerja HPj termasuk pakar perubatan dan petugas kesihatan lain serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan urusan rawatan dan pembedahan Raja Perlis itu dapat berjalan dengan sempurna.
"Pembedahan Tuanku Raja Perlis telah dijalankan bersama empat orang Pakar Perunding Ortopedik dan tiga orang Pakar Perunding Anestesia. Turut berada di hospital pada semalam ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Timbalan Pengarah (Endokrin) HPj Dr Mohammad Khairol Anwar Yusop," menurut kenyataan itu.
Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid serta Pemangku Raja dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan berada di HPj ketika pembedahan itu dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023
Istana Arau dalam kenyataan hari ini memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pembedahan yang bermula pada pukul 12 tengah hari semalam. -Gambar fail/Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Sultan Selangor ziarah Raja Perlis di Arau
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.
Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10
Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.
Menantu lelaki Raja Perlis meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia pada 7.26 pagi akibat komplikasi buah pinggang.
Dua ADUN dilantik, seorang digugurkan barisan Exco penggal baharu Perlis
Dua ADUN Perlis dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, manakala seorang Exco sedia ada digugurkan bagi penggal baharu.
Raja Perlis selamat jalani pembedahan kaki - Istana Arau
Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pembedahan yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu.
Pelajar, warga kerja IPT perlu manfaat Ramadan sebaik mungkin
Baginda bertitah warga IPT perlu merancang jadual kerja supaya amalan yang dilaksanakan mendapat keberkatan tersendiri.
COVID-19: Kes terkawal, Perlis benarkan solat jemaah di masjid mulai esok
Kehadiran jemaah di masjid seluruh Perlis dibolehkan dengan kapasiti maksimum mengikut saiz masjid.
MAIPs arah masjid terus baca Qunut Nazilah selama tujuh hari
Arahan tersebut mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa pencerobohan dan serangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin.
Perlis benarkan solat Aidilfitri di tanah lapang
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah solat itu akan diadakan pada 8 pagi.
Perlis sesuai dibangunkan sebagai hab pendidikan - KSU
Suasana negeri Perlis yang aman, tenang dan tidak sibuk sesuai dibangunkan sebagai hab pendidikan, kata Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.