awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Polis rekod 22 laporan berkaitan kecurian di tapak ECRL di Terengganu
SUKAN
Harapan Sivasangari ke separuh akhir tidak kesampaian selepas catat kekalahan kedua
DUNIA
Konflik Israel-Iran: Gencatan senjata beri peluang baharu kepada diplomasi - Utusan Iran ke PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Raja Perlis tegur 'Little Napoleon' dalam MPKangar

Bernama
Bernama
24/06/2025
13:31 MYT
Sponsor Banner
Raja Perlis tegur 'Little Napoleon' dalam MPKangar
Baginda bertitah, MPKangar secara keseluruhannya menjalankan tanggungjawab dengan baik, namun masih terdapat segelintir pegawai yang perlu segera mengubah sikap dan cara bekerja. - Gambar fail/Bernama
KANGAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menegur beberapa pegawai Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) yang disifatkan sebagai 'Little Napoleon' kerana tidak melaksanakan tugas dengan baik, sekali gus mencemarkan nama baik majlis perbandaran itu.
Baginda bertitah MPKangar secara keseluruhannya menjalankan tanggungjawab dengan baik, namun masih terdapat segelintir pegawai yang perlu segera mengubah sikap dan cara bekerja.
"Saya sendiri pernah berurusan dengan pegawai MPKangar yang menunjukkan sikap dan cara kerja yang perlu diubah. Saya berharap semua kakitangan MPKangar sedar akan tanggungjawab masing-masing.
"Tolong ubah sikap dan cara kerja agar kita dapat bersama-sama menikmati membangunkan negeri ini," titah baginda ketika berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Wisma MPKangar di Persiaran Wawasan di sini hari ini.
Turut berangkat, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Menteri Besar Mohd Shukri Ramli dan Yang Dipertua MPKangar Affendi Rajini Kanth.
Dalam pada itu, baginda turut mengingatkan semua pegawai kerajaan di negeri ini, khususnya yang berurusan secara langsung dengan rakyat supaya sentiasa mengamalkan sikap mesra dan profesional ketika menjalankan tugas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majlis perbandaran kangar
#Little Napoleon
#budaya kerja
#tanggungjawab
#Raja Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami