Skip to main content

Malaysia

Raja Perlis terima mengadap Menteri Ekonomi, bincang agenda pembangunan negeri

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap Menteri Ekonomi, Datuk Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (kiri) berkenan menerima sembah mengadap Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, di Kangar, pada Jumaat. - Gambar Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis
Advertisement

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap Menteri Ekonomi, Datuk Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam satu majlis yang berlangsung, di sini, pada Jumaat.

Turut berangkat mengiringi baginda ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Hadir sama pada sesi mengadap tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Seri Nor Azmie Diron; Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Noor Azman Abdul Rahman serta Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Saharuddin Sarwan.

Pertemuan itu menjadi platform untuk berkongsi pandangan mengenai perkembangan ekonomi semasa di samping membincangkan agenda pembangunan Perlis.

Antara perkara yang diberi perhatian termasuk usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memperluas peluang pelaburan dan aktiviti ekonomi.

Sesi berkenaan turut memperkukuh hubungan serta kerjasama antara Kerajaan Negeri Perlis dan Kementerian Ekonomi bagi memastikan perancangan serta pelaksanaan agenda pembangunan negeri dapat diselaraskan dengan keutamaan pembangunan di peringkat Persekutuan.

Kerjasama erat antara kedua-dua pihak dilihat penting dalam memastikan inisiatif pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan secara lebih berkesan demi manfaat rakyat dan kemajuan negeri Perlis.

Must Watch Video

Advertisement