MALAYSIA

Raja Permaisuri Agong beramah mesra bersama pelancong di pintu masuk Istana Negara

Bernama 01/02/2026 | 06:15 MYT
Raja Zarith Sofiah berkenan turun daripada kenderaan dan meluangkan masa beramah mesra sewaktu dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama kumpulan pelancong di pintu masuk utama Istana Negara, hari ini.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Zarith Sofiah berkenan turun daripada kenderaan dan meluangkan masa beramah mesra sewaktu dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru.

Seri Paduka Baginda turut berkenan bersalaman dengan lebih 100 pelancong dari pelbagai negara sebelum meneruskan perjalanan.



-- BERNAMA







#Raja Permaisuri Agong #Raja Zarith Sofiah #pelancong #Istana Negara #beramah mesra