awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong berkenan sempurna perasmian pameran Bakhache

Bernama
Bernama
08/11/2022
21:30 MYT
Raja Permaisuri Agong berkenan sempurna perasmian pameran Bakhache
Keberangkatan tiba Sri Paduka pada 4 petang Selasa diiringi pengasas Kumpulan Bakhache, Antoine Bakhache. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyempurnakan perasmian pameran Bakhache di sini.
Keberangkatan tiba Sri Paduka pada 4 petang Selasa diiringi pengasas Kumpulan Bakhache, Antoine Bakhache.
Pameran itu, yang berlangsung dari 9 hingga 11 Nov ini di The Ritz Carlton, adalah pameran kolektif yang mengetengahkan pertukangan terbaik dari seluruh dunia, termasuklah pertunjukan istimewa pada Selasa iaitu tekstil tradisional Malaysia daripada Yayasan Tenun Pahang Diraja.
Dalam sesi pertunjukan istimewa itu, para tetamu berpeluang melihat model memperagakan tekstil berkenaan berserta barang kemas buatan Mouwad, Lotus Arts de Vivre dan Kumpulan Bakhache.
Bagi acara ini, Yayasan Tenun Pahang Diraja berkolaborasi dengan Lotus Arts de Virve dalam mereka cipta tas tangan unik dibalut kain tenun.
Tas tangan itu dibingkai indah dengan salutan emas Sterling Silver, buluh Jepun dan diserlahkan dengan salutan rhodium hitam Sterling Silver. Ia turut dihiasi sujian buatan tangan daripada tempurung kelapa dan batuan Tsavorites serta berlian.
Beg tangan tersebut berjaya dilelong pada harga RM32,500 kepada Puan Sri Esther Tan, isteri kepada ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan dan semua keuntungan disumbangkan kepada Yayasan Tenun Pahang Diraja.
Tunku Azizah merupakan pengasas dan penaung yayasan berkenaan, yang melaksanakan usaha memelihara seni warisan berusia ratusan tahun itu dengan menggabungkan kaedah dan peralatan inovatif dengan reka bentuk tradisional, sekali gus memberi peluang kepada artisan, penenun dan pelajar seni tersebut untuk mendalaminya.
Sementara itu, Antonio berkata Bakhache telah lama berperanan sebagai pembekal barangan mewah dari seluruh dunia dan nilai intrinsik serta keindahan tekstil tradisional Malaysia yang diketengahkan kumpulan itu mengesahkan perkara ini.
"Kami berbangga dapat menyediakan platform untuk seni pertukangan tempatan dan antarabangsa dipamerkan bersama dan meraih pengiktirafan yang selayaknya.
"Penting, bukan sahaja untuk memelihara legasi kraf tradisional tempatan tetapi meletakkannya sebagai satu bentuk kebanggaan bagi Malaysia; dengan mempamerkan tekstil tenunan tempatan bersama kraf tangan berkualiti tinggi dari seluruh dunia. Kita dapat menyaksikan kesenian dan kehalusan yang dimiliki kraf tradisional," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#pameran Bakhache
#Yayasan Tenun Pahang Diraja
#tekstil tradisional Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan