KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menggesa pemimpin dunia mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera dalam konflik Gaza-Israel dan membuka koridor bantuan kemanusiaan secara kekal ke Semenanjung Gaza.
Raja Permaisuri Agong bertitah tindakan pemimpin dunia perlu dalam menyokong usaha yang diselaraskan oleh organisasi kemanusiaan untuk menghantar bekalan penting dan membantu kumpulan tempatan di lapangan dalam menyediakan perkhidmatan kecemasan, selain menyelamatkan maruah rakyat yang sedang menderita.
"Kita tidak boleh membiarkan pengeboman berterusan...kita mesti secara kolektif menyeru agar permusuhan dihentikan segera. Saya berdiri di sini, untuk menyertai gesaan yang semakin meningkat untuk gencatan senjata segera dan saya merayu kepada pemimpin dunia untuk memberi tekanan ke arah usaha menamatkan kegilaan ini.
"Saya berdiri di sini bukan sahaja sebagai seorang Raja Permaisuri Agong tetapi sebagai seorang ibu, bersama anak-anak saya yang amat saya sayangi...Saya berdiri di sini sebagai seorang manusia dan kita mesti bersuara dan berkata 'Berhenti, dan cukup-cukuplah!'.
"Saya berang dengan pencabulan hak asasi manusia yang serius ini, saya tidak boleh berdiam diri lagi... Saya bimbang untuk rakyat Gaza, demi keselamatan kanak-kanak, saya bimbang atas dasar kemanusiaan kita," titah Tunku Azizah ketika menyampaikan Titah Diraja pada Sidang Kemuncak "United for Peace in Palestine: There is No Loss in Peace" (Bersatu demi Keamanan di Palestin: Tiada Kehilangan Untuk Keamanan" di Istanbul, Turkiye hari ini.
Teks ucapan baginda telah dihantar kepada Bernama.
Sidang kemuncak itu disertai oleh pasangan pemimpin dari pelbagai negara dan dihoskan oleh Wanita Pertama Turki, Emine Erdogan.
Tunku Azizah bertitah sejak konflik semakin meruncing, beratus-ratus ribu rakyat telah menggesa kerajaan mereka untuk menyokong usaha ke arah gencatan senjata dan para pemimpin harus mendengar suara tuntutan rakyat mereka.
"Mereka ini dari semua lapisan masyarakat, mengamalkan agama yang berbeza, dan bercakap bahasa yang berbeza tetapi mereka bercakap dalam satu suara - untuk menyeru kepada keamanan, untuk hidup dalam harmoni dan menghormati antara satu sama lain," titah baginda.
Tunku Azizah bertitah tiada manusia harus hidup menderita, atau berada dalam ketakutan yang berterusan dan bimbang akan nyawa mereka dengan beribu-ribu mangsa pengeboman masih tersepit di bawah runtuhan bangunan.
Baginda turut melahirkan rasa sedih terhadap keadaan yang melanda Gaza kerana lebih 10,000 nyawa rakyatnya terkorban dalam tempoh sebulan dengan hampir separuh daripada mangsa adalah kanak-kanak, akibat kekejaman Israel terhadap Palestin.
"Mereka telah dinafikan dan disekat daripada menjalani kehidupan kanak-kanak dan keluarga yang normal. Ini sememangnya satu pencabulan secara serius terhadap hak asasi manusia...hak untuk menikmati kehidupan normal dan sempurna," titah Tunku Azizah.
Baginda bertitah ingatan penting yang tidak boleh dilupakan sebagai seorang bergelar insan ialah, kesakitan dan penderitaan yang sedang dilalui dunia, justeru sebagai manusia, masyarakat dunia tidak boleh berhenti mendesak agar semua permusuhan dihentikan.
"Setiap negara yang menghadapi peperangan, kesusahan, dan konflik sekarang ini berhak untuk hidup dengan aman, saya dengan rendah hati bercakap mewakili setiap daripada mereka dan sebagai seorang Muslim, saya ingin mengingatkan anda bahawa menjadi kewajipan kita sebagai manusia untuk menuntut agar pengakhiran kepada semua permusuhan, sebagaimana kerap diingatkan bahawa, 'perang membawa kesakitan, bukan keuntungan', jadi marilah kita pilih keamanan demi hidup makmur," titah baginda.
Sementara itu, dalam kenyataan bersama Pasangan Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta wakil negara pada sidang kemuncak itu dengan tegas menyuarakan bahawa mereka menolak sebarang percubaan untuk memindahkan penduduk awam Palestin dari tanah air mereka.
Menurut kenyataan itu, semua pihak wajib bertindak mengikut undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, serta melihat kesan yang besar akibat perpindahan semasa konflik terhadap wanita, kanak-kanak dan warga tua.
Pasangan Ketua Negara dan Kerajaan serta wakil negara turut menggesa seluruh dunia bertindak segera dan secara kolektif untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Gaza.
"Kami menyeru agar serangan Israel dihentikan serta-merta yang menyasarkan semua penempatan awam di Gaza, termasuk sekolah, hospital dan kemudahan perubatan lain, kem pelarian, kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tempat ibadat.
"Dalam hal ini, gencatan senjata segera yang akan menamatkan permusuhan dan pemberian bantuan kemanusiaan tanpa halangan, mencukupi dan selamat kepada orang awam di Gaza adalah amat diperlukan," menurut kenyataan bersama itu.
Israel telah melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza dan sehingga kini telah mengorbankan lebih 11,000 nyawa rakyat Palestin, termasuk lebih 7,800 wanita dan kanak-kanak dengan lebih 29,000 lagi cedera,
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Raja Permaisuri Agong bertitah tindakan pemimpin dunia perlu dalam menyokong usaha yang diselaraskan oleh organisasi kemanusiaan untuk menghantar bekalan penting dan membantu kumpulan tempatan di lapangan. - Gambar fail
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan keuntungan ekonomi sahaja.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto
Ucapan itu dizahirkan menerusi poster khas yang turut memaparkan gambar Sultan Ibrahim dan Prabowo berjabat tangan, yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Agong, Permaisuri berangkat pulang ke tanah air dari Brunei
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengakhiri Lawatan Negara tiga hari ke Brunei.