MALAYSIA
Raja Permaisuri Agong mulakan lawatan dua hari ke Labuan

Raja Permaisuri Agong diiringi oleh Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim. - Foto Bernama
LABUAN: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia berangkat tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi dua hari, yang juga lawatan kedua Seri Paduka Baginda ke pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa Malaysia itu.
Ringkasan AI
- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia tiba di Labuan untuk lawatan rasmi dua hari, disambut oleh barisan pemimpin tempatan dan persekutuan.
- Baginda dijadual menyempurnakan Festival Flora Borneo Labuan (BFF) dan menghadiri majlis santapan malam pada hari pertama.
- Esok, Raja Zarith Sofia akan merasmikan pembukaan Galeri Kraftangan Labuan yang baharu.
Raja Permaisuri Agong diiringi oleh Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.
Semasa lawatan ini, Raja Zarith Sofia dijadualkan menyempurnakan Festival Flora Borneo Labuan (BFF) yang julung-julung kali diadakan, di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan hari ini, diikuti oleh majlis santapan malam.
Esok, Seri Paduka Baginda dijadualkan menyempurnakan pembukaan Galeri Kraftangan Labuan yang baru ditubuhkan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami