[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

Raja Permaisuri Agong santuni asnaf dan ibu tunggal di Johor

Bernama 23/03/2025 | 15:06 MYT
Penyampaian kurniaan tersebut disempurnakan oleh Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor dan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan kurniaan kepada 300 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tunggal pada Majlis Berbuka Puasa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, hari ini.
Penyampaian kurniaan tersebut disempurnakan oleh Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor dan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim.
Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid serta kakitangan jabatan dan agensi kerajaan negeri.
Pada majlis itu, Che' Puan Mahkota dan Tunku Puteri Johor turut meluangkan masa kira-kira 15 minit beramah mesra dengan para tetamu.
Majlis berbuka puasa ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni golongan memerlukan sempena bulan Ramadan.
-- BERNAMA
#golongan asnaf #agensi kerajaan #golongan memerlukan #bulan Ramadan