awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' ditahan - Bukit Aman
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri berkenan lawat taska

Umar Sadique
Umar Sadique
09/06/2022
06:11 MYT
Raja Permaisuri berkenan lawat taska
Raja Permaisuri Agong berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak Taska Genius Perpaduan ketika melawat taska berkenaan di Taman Sri Rampai hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Kementerian Perpaduan Negara.
Sumbangan itu diserahkan kepada Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Noridah Abdul Rahim sempena lawatan baginda ke Taska Genius Perpaduan Taman Sri Rampai, di sini hari ini.
Kunjungan diadakan bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Berangkat sama, adalah anakanda Seri Paduka, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.
Tunku Hajah Azizah turut meluangkan masa kira-kira satu jam 30 minit di majlis itu dan berkenan beramah mesra bersama kanak-kanak di taska tersebut selain berkenan mendengar sembah ucapan menjunjung kasih oleh Halimah.
Taska Genius Perpaduan diinspirasikan daripada program Permata Negara yang menfokuskan kepada asuhan dan didikan awal bagi kanak-kanak di bawah umur empat tahun dalam menerapkan nilai-nilai murni dan hidup bermasyarakat.
Sehingga kini, terdapat 41 buah Taska Genius di seluruh negara yang melibatkan kanak-kanak berumur dari dua tahun sehingga empat tahun.
Terdapat enam bidang pembelajaran untuk perkembangan kanak kanak yang difokuskan oleh Taska Genius iaitu perkembangan sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian, perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal, perkembangan awal matematik dan pemikiran logik, perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran, perkembangan fizikal dan psikomotor, dan perkembangan kreativiti dan estetika.
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#lawat tadika
#Taska Genius Perpaduan Taman Sri Rampai
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan