KUALA LUMPUR: Ratusan hadirin di Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 sebak, mengalirkan air mata ketika menyaksikan Pantomim Op Daulat, berkisarkan kisah 10 tahun serangan di Lahad Datu.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah dan beberapa dif kehormat turut sebak ketika menyaksikan persembahan istimewa itu.
Persembahan itu menceritakan detik dari mula tentera dari Kesultanan Sulu menceroboh negara hingga ke pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013 yang mengorbankan Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud.
Pantomim itu menjadi lebih menyedihkan apabila anak kepada Zulkifli dan Sabaruddin dibawa masuk ke dalam pementasan.
Mereka ialah anak kepada Zulkifli iaitu Mohd Norakmar Amiruddin, 15, Noor Muhammad Aqil, 11, Noor Aqib Syahid, kini berusia 10 tahun, hanya berumur sebulan ketika insiden meragut nyawa bapanya.
Turut hadir, cahaya mata kepada Sabaruddin iaitu anak sulungnya, Haziq Wahiduzzaman dan Hareq Zafri yang masing-masing berusia 28 dan 25 tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dif kehormat dan hadirin dilihat menitiskan air mata sebaik sahaja anak-anak mangsa insiden itu masuk ke dalam pementasan.
Selesai persembahan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah berkenan beramah mesra dengan semua anak arwah Zulkifli dan Sabaruddin.
Persembahan pantomim itu merupakan peringatan 10 tahun insiden pencerobohan Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan dua anggota polis.
Persembahan itu dikoreografikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Komisioner Polis Datuk Seri Hazani Ghazali dan Komander 69 Komando, Senior Asisten Komisioner Hamzah Hashim.
Turut membantu ialah Pegawai Turus Risik / Gerakan 69 Komando, Superintendan Hamsah Abd Rani.
Pantomim itu dijayakan oleh 86 pegawai dan pegawai rendah polis yang kebanyakannya merupakan anggota yang sama-sama menyertai operasi di Kampung Tanduo 10 tahun lepas.
Ridauddin Daud
Mon Mar 20 2023
Persembahan pantomim itu merupakan peringatan 10 tahun insiden pencerobohan Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan dua anggota polis. - Astro AWANI/Shahir Omar
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Sang Saka Biru, berevolusi mengikut zaman, cekal mendepani perubahan - KPN
PDRM telah melalui pelbagai evolusi bukan sahaja dari segi imej dan tugasan, malah berjaya mengharungi cabaran keselamatan kepada negara.
PM Anwar ucap Selamat Hari Polis ke-216
Beliau turut menzahirkan penghargaan buat semua warga PDRM atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan kepada rakyat dan negara.
Polis Selangor nafi buat permohonan sumbangan kewangan taja Hari Polis Ke-216
Polis Kontinjen Selangor menafikan dakwaan yang tular di aplikasi Telegram berkenaan surat permohonan sumbangan kewangan bagi penajaan Program Hari Polis Ke-216 baru-baru ini.
Keberangkatan Agong, Permaisuri tingkatkan moral dan motivasi pasukan polis
Sambutan ke-216 itu menunjukkan sejarah panjang Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sudah berjasa besar dalam memastikan keselamatan negara keseluruhannya dijamin setiap masa.
Menteri Besar Perak, isteri rai sambutan Hari Polis ke 216 peringkat negeri
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin meraikan sambutan Hari Polis ke 216 peringkat negeri.
Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.
Raja Permaisuri, PM Anwar sebak saksikan pantomim insiden Lahad Datu
Pantomim itu menjadi lebih menyedihkan apabila anak kepada Zulkifli dan Sabaruddin dibawa masuk ke dalam pementasan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Peringatan Polis Ke-216
Sebaik Seri Paduka Baginda berangkat tiba, sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diiringi Hormat Diraja.
Beri penghargaan tertinggi terhadap jasa dan pengorbanan PDRM - Fadillah
Fadillah mendoakan agar kesemua wira negara terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk berkhidmat demi rakyat dan negara tercinta.
Hari Polis: IPD Lipis damping homeguard tertua di Malaysia
Program diadakan bagi meraikan bekas homeguard dan bekas perajurit yang pernah berkhidmat untuk tanah air di era darurat.