awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Salman berlepas ke Indonesia selepas akhiri lawatan negara ke Malaysia

Bernama
Bernama
01/03/2017
05:06 MYT
Raja Salman berlepas ke Indonesia selepas akhiri lawatan negara ke Malaysia
Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud (dua, kiri) berkenan bersalaman dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kiri) sebelum berlepas di KLIA, hari ini. - Foto BERNAMA
Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud berlepas hari ini menuju Indonesia selepas menamatkan lawatan negara selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad lepas.
Menyaksikan baginda berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Pengiring semasa lawatan baginda.
Raja Salman diberi sambutan negara pada Ahad di Dataran Parlimen untuk memulakan lawatan negara serta mempunyai jadual padat sepanjang lawatan empat hari baginda.
Pada Ahad, baginda turut menghadiri majlis santapan negara di Istana Negara yang diraikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Baginda turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Sains Politik (Islam dan Wassatiyyah) serta Anugerah Pencapaian Cemerlang Seumur Hidup oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Lawatan Raja Salman juga menyaksikan beberapa perjanjian persefahaman ditandatangani termasuk Perjanjian Pembelian Saham bernilai RM31 bilion antara Saudi Aramco dan Petronas.
Di KLIA, baginda dan Najib berjabat salam dan berpeluk-pelukan sebelum baginda yang merupakan Penjaga Dua Masjid Suci menaiki pesawat khas baginda. Kunjungan sulung Raja Salman ke Malaysia adalah atas jemputan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Lawatan Negara
#Malaysia
#raja arab saudi
#Raja Salman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan