MALAYSIA
Rakam wanita dalam tandas, penganggur didenda RM4,000
Muhammad Syahmi dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret kerana merakam seorang wanita menggunakan telefon bimbit di dalam tandas di sebuah pusat beli-belah, 20 Nov lepas. - Gambar Bernama
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM4,000 ke atas seorang penganggur yang merakam wanita di dalam tandas sebuah pusat beli-belah di sini, bulan lepas.
Ringkasan AI
Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Syahmi Mat Ros, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Lelaki itu didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 29 tahun dengan merakam menggunakan telefon di dalam tandas di tingkat satu Mayang Mall di sini pada 6.12 petang 20 Nov.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal namun peguam Nurul Husna Zukepeli @ Zulkifli daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu denda minimum untuk anak guamnya.
Nurul Husna berkata lelaki itu tidak bekerja dan bergantung kepada ibunya selain mempunyai masalah kesihatan mental serta pernah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
Sebelum ini, video berdurasi 26 saat memaparkan seorang lelaki melarikan diri selepas dipercayai tertangkap merakam seorang wanita secara sembunyi di dalam tandas di sebuah pusat beli-belah tular di media sosial.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mahkamah Majistret menjatuhkan denda RM4,000 kepada seorang penganggur yang merakam wanita di dalam tandas pusat beli-belah bulan lepas.
- Penganggur tersebut mengaku bersalah merakam wanita 29 tahun menggunakan telefon di tingkat satu Mayang Mall.
- Hukuman denda atau penjara enam bulan dikenakan jika gagal membayar denda; peguam anak guamnya merayu hukuman minimum kerana faktor kewangan dan kesihatan mental lelaki tersebut.