MALAYSIA
Rakaman atas kapal 'senjata' tangkis propaganda Israel - MyCARE
Kamarul Zaman menegaskan, misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bukan sahaja bertujuan menghantar bekalan, tetapi juga mengumpul bukti sahih mengenai pelanggaran hak asasi manusia oleh rejim Israel.
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar menegaskan, misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bukan sahaja bertujuan menghantar bekalan, tetapi juga mengumpul bukti sahih mengenai pelanggaran hak asasi manusia oleh rejim Israel.
Beliau berkata, strategi ini telah dirancang sejak awal dengan melibatkan pemantau dan peguam antarabangsa bagi memastikan setiap tindakan direkodkan secara telus.
"Kami bukan sekadar menghantar bantuan. Di atas kapal seperti ‘Conscious’ yang disenaraikan dalam laman web Freedom Flotilla, terdapat puluhan kamera dipasang untuk merakam setiap detik perjalanan.
"Jika Israel menafikan tindakan mereka, komuniti Freedom Flotilla akan mengemukakan bukti yang dikumpul di atas kapal," katanya dalam satu sidang media khas, di sini, hari ini.
Menurut Kamarul Zaman, rakaman dan dokumen yang diperoleh akan digunakan untuk menangkis propaganda Israel yang sebelum ini sering menggambarkan pihak Palestin sebagai punca konflik.
"Dulu kita hanya dengar naratif Israel yang menuduh Hamas semata-mata. Kini, dengan bukti yang sahih, kita boleh buktikan kepada dunia apa yang sebenarnya berlaku," jelas beliau.
Tambah beliau, kapal peninjau observer Shireen sebagai sebahagian daripada usaha mengumpul bahan bukti bagi memastikan setiap alasan yang diberikan Israel dapat disemak dan disahkan.
"Jika berlaku sebarang insiden, maklumat ini akan dikongsi kepada masyarakat antarabangsa sebagai bukti kukuh terhadap tindakan Israel," tambahnya.
MyCARE merupakan antara organisasi yang aktif dalam misi kemanusiaan ke Gaza, termasuk melalui kerjasama dengan Freedom Flotilla Coalition yang menggerakkan kapal-kapal bantuan ke wilayah Gaza.