awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakaman CCTV berhampiran Balai Polis Pinggiran USJ diteliti

Bernama
Bernama
02/09/2017
09:25 MYT
Rakaman CCTV berhampiran Balai Polis Pinggiran USJ diteliti
MAZLAN: Saya juga beri jaminan dalam kes ini apa saja yang menimbulkan keraguan dan mewajarkan kami melakukan tangkapan, kami akan buat. - Gambar fail
Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berhampiran Balai Polis Pinggiran USJ dekat sini, lokasi seorang anggota polis yang ditetak dan ditembak ketika sedang bertugas Khamis lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya yakin akan menemui beberapa petunjuk baharu melalui rakaman CCTV itu untuk membantu siasatan.
"Bagaimanapun maklumat dan dapatan rakaman tidak akan didedahkan kerana ia masih pada peringkat awal dan tidak mahu mengganggu siasatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban sempena sambutan Aidiladha di sini hari ini.
Beliau berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu dan memberikan ruang kepada pihak polis untuk menyiasat.
"Saya juga menafikan pistol mangsa telah dijumpai. Jika telah dijumpai, saya sendiri akan keluarkan kenyataan. Saya juga beri jaminan dalam kes ini apa saja yang menimbulkan keraguan dan mewajarkan kami melakukan tangkapan, kami akan buat," katanya.
BACA: Kes bunuh polis: lelaki ditahan
Khamis lepas, Lans Koperal Valentino Mesa yang bertugas sendirian di Balai Polis Pinggiran USJ ditemukan mati dengan kesan tetakan pada kepala serta tembakan jarak dekat oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang pulang sebaik selesai membuat rondaan.
Susulan itu, seorang pekerja kilang lelaki berusia 34 tahun dipanggil untuk memberi keterangan pada malam selepas kejadian, sebelum ditahan semalam dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Balai Polis Pinggiran USJ
#Mazlan Mansor
#polis
#Rakaman CCTV
#tembakan
#Tetak
#Valentino Mesa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan