KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan rakaman percakapan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Ewein Bhd Datuk Ewe Swee Keng yang maut selepas dilaporkan terjatuh dari sebuah kondominium mewah di Pulau Pinang, dua bulan lepas, diterima masuk sebagai keterangan dalam perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng.
Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin agar rakaman percakapan mendiang Ewe, 53, ditandakan sebagai eksibit dan digunakan pada perbicaraan kes berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama yang melibatkan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu.
"Mahkamah berpuas hati bahawa kenyataan-kenyataan itu telah diberikan oleh mediang Ewe sendiri kepada pegawai perakam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa di dalam siasatan menurut Seksyen 30 Akta SPRM 2009, khususnya subseksyen 38 akta sama.
"Maka, sebarang pertikaian tentang ketidakpatuhan terhadap subseksyen tersebut ditolak. Sehubungan itu, mahkamah membenarkan rakaman percakapan Ewe diterima masuk sebagai eksibit dalam kes ini," kata hakim itu.
Mendiang Ewe yang sepatutnya dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-15 meninggal dunia selepas dilaporkan terjatuh dari sebuah unit kondominium mewah di Jalan Kelawei, Pulau Pinang, pada 5 Okt lepas.
Pada prosiding sebelum ini, pasukan pembelaan yang diwakili peguam Gobind Singh Deo membantah penerimaan rakaman kenyataan itu yang disifatkan sebagai rekaan.
Pada prosiding hari ini, mahkamah juga mendengar keterangan bekas Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Mokhtar Mohd Jait, 64, yang mengesahkan projek pembinaan jalan utama dan terowong di negeri itu ditawarkan secara tender terbuka kepada Consortium Zenith Bejing Urban Construction Group Sdn Bhd (CZBUCG).
Saksi pendakwaan ke-21 itu berkata projek itu diberikan kepada CZBUCG melalui proses pembidaan menurut terma dan peraturan yang ditetapkan.
CZBUCG telah dilantik bagi menjalankan projek pembinaan jalan utama dan terowong di negeri itu, kerana syarikat berkenaan mendapat 'markah tertinggi' bagi keseluruhan penilaian teknikal dan kewangan.
Lim berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Setiausaha Agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021
Lim hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi prosiding sambung bicara terhadap pertuduhan rasuah yang dihadapinya membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang. - Foto BERNAMA
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.
Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.
Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Permohonan Guan Eng mula prosiding hina mahkamah terhadap Wan Fayhsal ditolak
Mahkamah Sesyen menolak permohonan Guan Eng untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Saksi dakwa Lim akan beri projek terowong jika atur MoU dengan syarikat China
Pengarah ZCSB mendakwa Lim akan memberinya Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang secara rundingan terus, jika beliau dapat mengaturkan MoU dengan sebuah syarikat dari China.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Perbicaraan kes terowong dasar laut Lim Guan Eng ditangguh ke 19 Sept
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan ke 19 September.