awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran kilang biskut di Greece ragut empat nyawa, seorang masih hilang
Tujuh maut, seorang cedera dalam nahas jet peribadi di Maine
APG edisi ke-13 melabuhkan tirai, jumpa di Malaysia pada 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakan Muda jadi mekanisme perkasa jawatankuasa di masjid - KBS

Bernama
Bernama
26/01/2026
22:10 MYT
Rakan Muda jadi mekanisme perkasa jawatankuasa di masjid - KBS
Dr Mohammed Taufiq berkata pendekatan itu akan dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara KBS dan pihak berkaitan bagi memastikan program dirangka bersifat inklusif serta berimpak jangka panjang. - Foto fail/BERNAMA
NAKHON RATCHASIMA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menggerakkan platform Rakan Muda sebagai mekanisme utama dalam perancangan mewujudkan jawatankuasa khas orang muda bagi memberi ruang kepada golongan belia merancang serta melaksanakan program kemasyarakatan dan keagamaan.
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata pendekatan itu akan dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara KBS dan pihak berkaitan bagi memastikan program dirangka bersifat inklusif serta berimpak jangka panjang.
"...di peringkat KBS sendiri kita akan berbincang dengan agensi tertentu, khususnya di peringkat Rakan Muda. Kita ada 10 gaya hidup Rakan Muda, satu daripadanya adalah Rakan Muda Gaya Hidup Prihatin.
"Masjid juga sebenarnya menjadi platform untuk kita mencungkil bakat baharu contohnya bakat sukan. Kita boleh mengimarahkan masjid sebagai bukan hanya tempat beribadah tetapi satu tempat berkumpulnya anak-anak muda untuk memberikan idea yang positif," katanya kepada Bernama pada sidang media rumusan kontinjen Malaysia di Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025 di sini, pada Isnin.
Mengulas pelaksanaan awal inisiatif berkenaan, Dr Mohammed Taufiq berkata ia masih di peringkat perbincangan namun jaringan Rakan Muda yang meliputi setiap daerah dan Parlimen memberi kelebihan dari segi pelaksanaan di peringkat akar umbi.
Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya setiap masjid mewujudkan jawatankuasa khas orang muda bagi memberi ruang kepada golongan belia merancang serta melaksanakan program kemasyarakatan dan keagamaan.
Anwar berkata penglibatan aktif anak muda penting bagi memastikan masjid terus berperanan sebagai pusat pembangunan ummah serta institusi yang sentiasa diimarahkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rakan Muda
#KBS
#jawatankuasa masjid
#Mohammed Taufiq Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan