Rakan Myanmar dalam ASEAN yang mempunyai 10 anggota, "membuat kritikan secara tidak langsung" dan "prihatin" terhadap isu Rohingya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis.
Mereka berharap orang Rohingya akan dapat kembali (ke Myanmar) dengan selamat, katanya pada akhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini.
Dr Mahathir terus menerus bersikap kritikal terhadap pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi, dengan berkata beliau "cuba mempertahankan apa yang tidak dapat dipertahankan."
Ditanya sama ada negara anggota ASEAN lain "kurang memandang atau tidak mempunyai pandangan yang begitu baik" terhadap Suu Kyi, Dr Mahathir berkata: "Saya rasa mereka agak terkawal apabila menyebutnya. Mereka tidak secara terang-terangan mengutuk beliau atau Myanmar, tapi lebih banyak menyebut tentang sesuatu yang patut dilakukan dengan lebih baik."
Dr Mahathir, 93, yang merupakan ketua kerajaan paling tua pada sidang kemuncak itu, berkata kenyataan paling keras tentang isu Rohingya disuarakan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence.
Dr Mahathir sekali lagi menegaskan Myanmar sepatutnya mencontohi Malaysia dalam menerima orang berketurunan asing apabila ia mencapai kemerdekaan 61 tahun lepas.
"Secara tidak langsung, kami menyebut tentang bagaimana di Malaysia, kami menerima orang berketurunan asing menjadi warganegara dan kami tidak pernah menyuruh mereka meninggalkan negara kami atau melakukan sesuatu terhadap mereka. Mereka menjadi warganegara dan berada dalam kerajaan. Tetapi, saya menyebut perkara itu dalam konteks lain, saya fikir beliau tahu apa yang saya maksudkan," kata Dr Mahathir.
Ditanya sama ada beliau berpendapat kerajaan Myanmar bersikap serius untuk menyelesaikan isu itu, Dr Mahathir menjawab: "Kita perlu faham tentang agihan kuasa di Myanmar. Aung San Suu Kyi bukan Ketua Kerajaan. Beliau sebenarnya Kaunselor Negara."
Apabila ditanya apakah itu bermakna nasib kerajaan tidak terletak di tangannya, Dr Mahathir berkata Suu Kyi akan dapat mempengaruhi kerajaan dengan pendapat yang disuarakan semasa persidangan itu kerana hampir setiap orang membangkitkan perkara tersebut.
Menjawab soalan sama ada beliau, sebagai Perdana Menteri Malaysia, akan terus mengkritik Myanmar dan Suu Kyi berhubung layanan yang diberi kepada masyarakat Rohingya sekiranya tiada langkah diambil dalam masa beberapa bulan lagi, Dr Mahathir berkata: "Saya rasa beliau benar-benar tahu tentang pandangan saya dan pandangan kerajaan."
"Ini kerana, apabila perkara ini (isu Rohingya) berlaku, saya mengutus sepucuk surat kepadanya. Beliau tidak mengaku menerima surat itu. Beliau tidak menjawabnya dan saya juga tidak bertanya beliau sama ada beliau menerimanya atau tidak.
"Tapi, beliau tentu tahu benar bahawa ketika beliau hidup dalam tahanan, kami beri sokongan penuh kepadanya. Kami berusaha dengan sedaya upaya; kami berbincang dengan (Jeneral Kanan) Than Shwe agar beliau dibebaskan dan sebagainya. Saya pun pernah sebut bahawa orang yang pernah hidup sebagai tahanan sepatutnya faham tentang penderitaan orang yang dilayan dengan teruk," katanya.
Ditanya sama ada beliau berjabat tangan dengan Suu Kyi atau sama ada pemimpin Myanmar itu yang menghulurkan tangan terlebih dahulu, Dr Mahathir berkata: "Sikit-sikit saja."
Beliau berkata, sekiranya Suu Kyi menghulurkan tangan, tentu beliau tidak akan mengabaikannya.
"Saya tidak tahu siapa dulu," kata Dr Mahathir dan menambah bahawa Suu Kyi berdiri di sebelah beliau semasa sesi pertama dan pemimpin Myanmar itu berpaling untuk bercakap dengannya. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 15 2018
Dr Mahathir bersama Suu Kyi ketika sesi bergambar pada Sidang Kemuncak Sarapan Tidak Rasmi ASEAN-Australia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Suntec Singapura, Rabu. - BERNAMA
Piala AMEC: Persatuan Bola Sepak Thailand tampung kos penyokong Malaysia cedera dipukul
PENYOKONG Malaysia yang tercedera akibat dipukul oleh penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi, mendapat perhatian segera daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.