MALAYSIA
Rakyat boleh kritik tapi jangan samakan dengan fitnah, keganasan - PM Anwar
Anwar menekankan keperluan untuk membezakan antara kritikan membina dan tuduhan berniat jahat. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengalu-alukan kritikan namun ia tidak boleh disamakan dengan fitnah, ugutan atau keganasan.
Perdana Menteri menjelaskan, beliau menekankan keperluan untuk membezakan antara kritikan membina dan tuduhan berniat jahat walaupun rakyat mempunyai hak untuk menyuarakan kebimbangan atau rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan.
"Rakyat berhak menyuarakan pendapat mereka, tetapi itu tidak seharusnya dijadikan justifikasi untuk membakar rumah pemimpin atau melakukan tindakan ganas (kerana) dalam kes sedemikian, polis mesti ambil tindakan," katanya kepada ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling.
Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai kebimbangan beliau jika protes yang berlaku di Indonesia akan turut berlaku di negara ini.
Tambahnya, isu seperti gaji menteri, harga bahan api, dan peruntukan awam telah pun ditangani, dan menegaskan agenda mengekalkan keamanan, mengukuhkan ekonomi serta menarik pelaburan sebagai keutamaan utama kerajaan.
Mengenai perkembangan di Indonesia dan Thailand, Anwar berkata kestabilan politik di Indonesia dan Thailand adalah penting untuk perpaduan ASEAN dan hubungan dua hala.
"Kita mendoakan yang terbaik untuk Indonesia, bukan sahaja sebagai rakan sesama ASEAN tetapi juga sebagai sahabat dan keluarga yang rapat.
"Thailand pula, kita harap pembentukan kerajaan baharu dapat disegerakan dan apabila situasi sudah teratur, saya akan menghubungi pemimpin mereka," katanya.