[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

Rakyat cintakan Malaysia, tenangkan keadaan yang tegang - Anwar

Astro Awani 27/11/2018 | 11:29 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua rakyat Malaysia mempertahankan keharmonian
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua rakyat Malaysia mempertahankan keharmonian dan toleransi antara masyarakat.
“Rakyat yang cintakan Malaysia yang aman dan makmur harus turut membantu menenangkan keadaan yang kian tegang,” kata beliau dalam mesej ringkas kepada Astro AWANI.
Tambahnya, anasir yang mendalangi keganasan dan jenayah di kuil Sri Maha Mariamman harus segera diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan.
“Ketika ini, seluruh rakyat perlu bersatu dengan penuh hikmah menolak kekerasan,” tambahnya.
Anwar turut memuat naik kenyataannya di semua platform media sosial.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Macam-macam yang berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan ini 6 berita penting yang perlu anda tahu setakat petang Selasa - http://www.astroawani.com/berita-malaysia/6-berita-penting-mengenai-rusuhan-kuil-sri-maha-mariamman-192208
#AI #ANWAR IBRAHIM ISU KUIL #berita hari ini #Cintakan Malaysia #isu semasa #Keganasan Kuil Sri Maha Mariamman #Ketua Umum Pakatan Harapan #Parti Keadilan Rakyat #Pendirian Anwar isu kuil #Pertahankan Perpaduan