MALAYSIA
Rakyat diminta berwaspada
Rakyat diminta berwaspada dengan gelombang negatif menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ia digunakan pihak tertentu bagi menyebar pelbagai fitnah dan penipuan untuk menjejaskan rakyat pelbagai kaum di negara ini
Tegas beliau, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memantau perkembangan berkenaan yang cuba digembar-gembur dengan membabitkan isu perkauman dan agama
Tambah Hishammuddin, semua pihak perlu matang dan tenang berdepan isu berkaitan agama dan perkauman yang dilihat semakin menjadi-jadi.
Tegasnya, kementeriannya menerusi pemuda KDN yang mempunyai 1.1 juta anggota akan berusaha menangkis gelombang negatif berkenaan.
Mereka, katanya akan turun padang untuk menerapkan gelombang positif termasuk semangat kesukarelawan dan menganjurkan kegiatan gotong-royong membabitkan pemimpin serta masyarakat.
#Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
#Kementerian Dalam Negeri (KDN)
#Menteri Dalam Negeri
#Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.