RAKYAT daripada pelbagai kaum menzahirkan kelegaan dan rasa gembira di atas pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) oleh kerajaan pimpinan Tan Seri Muhyiddin Yassin.
Pakej PRIHATIN ini melibatkan peruntukan sebanyak RM250 bilion yang akan memberikan manfaat kepada setiap warga Malaysia di semua peringkat secara langsung atau tidak langsung.
Tatkala rakyat tertekan dengan penularan wabak COVID-19 yang melanda Malaysia sejak awal bulan Mac tahun ini dan secara langsung menjejaskan gaya hidup hampir semua golongan masyarakat, pengumuman tersebut dijangka meringkankan beban kehidupan malah menyejukkan hati hampir setiap warga Malaysia.
Pakej PRIHATIN akan membantu hampir semua rakyat yang kehilangan sumber pendapatan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan dalam negera.
Pakej Rangsangan Ekonomi
Melalui pakej ransangan ekonomi ini, setiap individu baik pelajar, pekerja swasta, penjawat awam, peniaga, pengusaha, golongan orang kelainan upaya (OKU), pemandu teksi mahupun penganggur mendapat manfaat sepenuhnya menerusi peruntukan-peruntukan yang disediakan khas di bawah pakej PRIHATIN.
Dapat dilihat dengan jelas bahawa pihak kerajaan bukan hanya menguatkuasakan PKP untuk membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan rakyat semata-mata, malah turut mengutamakan perkhidmatan kesihatan untuk menjamin kesihatan rakyat agar tidak menjadi mangsa kepada COVID-19.
Untuk itu, pihak kerajaan menambahkan peruntukan asal sebanyak RM500 juta untuk Kementerian Kesihatan kepada RM1 bilion bagi pembelian peralatan dan mendapatkan kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta.
Malah, pihak kerajaan turut meningkatkan kadar elaun khas daripada RM400 kepada RM600 sebulan bermula April ini sehingga wabak ini berakhir.
Dalam pada itu, pihak kerajaan menyediakan peruntukan hampir RM10 bilion untuk disalurkan kepada golongan B40.
Buat kali pertama, pihak kerajaan turut memperuntukkan bantuan kewangan golongan M40 secara tunai untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
Melalui Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat, hampir empat juta isi rumah akan mendapat RM1,600; 1.1 juta isi rumah akan mendapat RM1,000; hampir tiga juta warga bujang akan mendapat RM800 dan hampir 400 ribu individu bujang yang berpendapatan rendah akan mendapat RM500.
Di samping itu, program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang melibatkan kos berjumlah RM3.2 bilion akan turut diteruskan dengan diawalkan pembayarannya.
Pada masa yang sama, hampir 1.5 juta penjawat awam sama ada tetap atau kontrak diberikan RM500 sehingga RM1,600 mengikut tangga gaji mereka, manakala 850 ribu pesara kerajaan diberikan RM500 sebagai pembayaran one-off.
Pemandu teksi, e-haling dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) juga diberikan RM600, RM500 dan RM200 masing-masing.
Selain itu, pihak kerajaan juga mengumumkan beberapa inisiatif lain di bawah pakej ini yang merangkumi penangguhan pelbagai pembayaran ansuran bulanan seperti pembayaran sewa, pinjaman, insurans dan sebagainya.
Bahkan, pemberian diskaun ke atas pelbagai kemudahan utiliti termasuk bil elektrik bagi isi rumah dan sektor swasta yang melibatkan pelbagai sektor termasuk komersial dan pelancongan.
Pada masa yang sama, kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion untuk memastikan pihak majikan tidak bertindak memotong gaji pekerja sedia ada, tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan berikutan penguatkuasaan PKP.
Dengan ini, hampir 3.3 juta pekerja swasta di seluruh negara merasa lega kerana mereka tidak perlu bimbang majikan akan memotong gaji atau membuang mereka dari kerja akibat PKP di seluruh negara.
Dalam pada itu, pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital boleh menuntut pendapatan RM50 sehari bagi tempoh 14 hari.
Manakala, pengguna internet yang dianggarkan lebih 25 ribu orang yang berdaftar juga boleh menggunakan kemudahan internet dengan percuma mulai 1 April sehingga tamat PKP.
Kekuatan Muhyiddin
Meskipun Muhyiddin mengambil alih pentadbiran kerajaan pada saat negara menghadapi suasana ketidaktentuan politik, keadaan ekonomi yang merudum kesan daripada kemerosotan ekonomi global, lebih-lebih lagi dengan hasil pendapatan negara yang semakin berkurangan akibat kejatuhan harga minyak dunia dan juga penularan COVID-19 yang memberi impak teruk kepada ekonomi negara dan psikologi rakyat, beliau masih gagah dan kental menakhodakan negara ke arah jalan yang terjamin supaya rakyat dari berbilang kaum akan terus terbela, selamat dan bahagia.
Meskipun terdapat suara sumbang yang mengritik kononnya kerajaan kepimpinan Muhyiddin adalah kerajaan pintu belakang dan Pakej Rangsangan Ekonomi ini tidak dibentangkan dalam Parlimen, sebahagian besar rakyat menzahirkan perasaan puas hati malah menganggap Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat adalah pakej bantuan rakyat terbaik yang pernah diumumkan kerajaan sehingga kini.
Malah pakej ini merupakan pelan rangsangan ekonomi terbesar di dunia mengatasi United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Singapura.
Rakyat perlu sedar bahawa Muhyiddin menawarkan diri dan menerima pencalonan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Kelapan apabila negara menghadapi kemelut politik yang teruk dan akan mengundang negara terus untuk terjebak dalam kancah kemelut politik yang berpanjangan berikutan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan kepimpinan Muhyiddin yang baru dua minggu dibentuk berjaya mengumumkan Pelan Rangsangan Ekonomi yang mantap dan inklusif dalam membantu rakyat yang menghadapi ancaman COVID-19.
Oleh itu, marilah seluruh rakyat Malaysia dari utara hingga selatan dan juga Sabah serta Sarawak bersatu menyokong Muhyiddin agar beliau lebih bersemangat bagi memimpin kerajaan pada saat negara berusaha mengatasi COVID-19 yang melanda negara saat ini.
Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Tue Mar 31 2020
PRIHATIN akan membantu hampir semua rakyat yang kehilangan sumber pendapatan yang terkesan dengan PKP yang dikuatkuasakan dalam negera. - Gambar Astro AWANI
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.
Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.
Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.
AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.
Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS
Serangan tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih daripada 90 cedera.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.
Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.
AS rayu keputusan beri pingat gangsa kepada gimnas Romania
Gimnastik AS mengemukakan bukti tambahan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk menyokong kes atlet Jordan Chiles harus mendapat pingat gangsa.
Lelaki ada hubungan dengan Iran rancang pembunuhan ahli politik di AS
Seorang lelaki Pakistan yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Iran didakwa atas tuduhan merancang pembunuhan seorang ahli politik atau pegawai kerajaan di Amerika Syarikat (AS).