awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat ingin pulang ke tanah air perlu daftar di portal NADMA - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
18/08/2020
07:50 MYT
Rakyat ingin pulang ke tanah air perlu daftar di portal NADMA - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, kerajaan juga membenarkan individu yang dikuarantin di stesen kuarantin untuk memesan makanan dari luar, melalui penghantar secara dalam talian.
Rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air, perlu mendaftar butiran peribadi di laman sesawang yang akan dibangunkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata ini berikutan rungutan orang ramai mengenai kelewatan semasa urusan pendaftaran di stesen kuarantin, sama ada di hotel atau Institut Latihan Awam (ILA).
"Bagi memudahkan proses pendaftaran, mereka yang ingin pulang ke tanah air digalakkan untuk memberi maklumat kepada pihak NADMA, berkenaan tarikh serta masa ketibaan dan juga pilihan stesen kuarantin sama ada hotel atau ILA.
"Pihak NADMA akan membangunkan portal maklumat proses dan stesen kuarantin dalam masa terdekat, bagi proses pendaftaran tersebut," katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga membenarkan individu yang dikuarantin di stesen kuarantin untuk memesan makanan dari luar, melalui penghantar secara dalam talian.
Bagaimanapun, jelasnya, mereka perlu menandatangani surat aku janji dan bertanggungjawab, jika timbul sebarang masalah seperti keracunan makanan dan sebagainya.
Topic Berkaitan
#hotel
#ILA
#ismail sabri yaakob
#Parlimen
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#rakyat Malaysia
#stesen kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan