awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat jimat RM27.8 juta melalui Jualan Agro Madani

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
05/03/2024
03:15 MYT
Rakyat jimat RM27.8 juta melalui Jualan Agro Madani
Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 5,608 program JAM telah berjaya dilaksanakan, melebihi sasaran ditetapkan iaitu sebanyak 5,000 lokasi. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Jualan Agro Madani pada tahun lepas berjaya memberikan penjimatan harga barangan sebanyak RM27.8 juta kepada rakyat Malaysia.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, penjimatan itu melibatkan kira-kira 11.6 juta rakyat yang berbelanja di jualan tersebut.
“Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 5,608 program JAM telah berjaya dilaksanakan, melebihi sasaran ditetapkan iaitu sebanyak 5,000 lokasi dan berjaya mencatatkan sejumlah 2.9 juta pengunjung di sepanjang penganjuran tersebut.
“Inisiatif ini turut mencatatkan penglibatan sebanyak 74,800 usahawan dengan nilai jualan sebanyak RM93.74 juta.
“Impaknya kepada masyarakat umum, program ini berjaya memberikan penjimatan harga barangan sebanyak RM27.8 juta kepada kira-kira 11.6 juta isi rumah di seluruh negara.
“Pada tahun 2024, KPKM menyasarkan untuk melaksanakan sebanyak 5,000 program Jualan Agro Madani untuk mencapai sasaran keseluruhan sebanyak 10,000 bagi tempoh 2023 hingga 2024,” katanya.
Tambah beliau, program jualan itu secara berterusan mencerminkan tekad Kerajaan Perpaduan dalam menangani kos sara hidup bagi memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dan tersedia buat seluruh rakyat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (BN - Sembrong) yang membangkitkan persoalan berkenaan Jualan Agro Madani di Dewan Rakyat pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Joseph Kurup
#Jualan Agro Madani
#harga barang
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan