Kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Isnin mengejutkan rakyat Kedah.
Seorang penjawat awam, Mohd Sabri Saad, 37, berkata berita kemangkatan Sultan Kedah hanya diketahui melalui media sosial sekitar 3.30 petang Isnin.
"Pada mulanya saya tidak percaya berita yang tular di media sosial kerana tiada sumber rasmi, tetapi selepas melihat maklumat yang tersebar dari sumber yang dipercayai dan juga sidang media oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengenai kemangkatan baginda, barulah saya percaya dan terima berita itu dalam keadaan hiba sebagai seorang anak jati Kedah.
"Kemangkatan baginda disifatkan satu kehilangan besar buat rakyat Kedah kerana baginda seorang raja berbudi pekerti dan lemah lembut bila berada bersama rakyat serta menitikberatkan kebajikan rakyat semua kaum," katanya ketika ditemui di sini, pada Isnin.
Seorang peniaga, Mohd Hafiz Mokhtar, 37, berkata sebagai rakyat jelata, kemangkatan Almarhum Sultan Abdul Halim tiada galang ganti.
"Sepanjang Almarhum bergelar raja memerintah yang paling lama, baginda selalu ke majlis-majlis bertemu dengan rakyat dan melihat kebajikan rakyat dari semua sudut dan sudah tentu kemangkatan baginda sangat menyedihkan terutama mereka yang sangat rapat dengan baginda," katanya.
Sehubungan itu, Mohd Hafiz dan rakan-rakan bercadang untuk menziarahi jenazah baginda di Istana Anak Bukit, di sini esok bagi memberi penghormatan terakhir sebelum baginda dimakamkan di Makam Diraja Langgar yang dijadualkan pada sebelah petang.
Almarhum baginda pernah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali bagi tempoh 21 Sept 1970 hingga 20 Sept 1975, dan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 mulai 13 Dis 2011 hingga 12 Dis 2016.
BACA: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat
BACA: Almarhum Sultan Kedah seorang yang amat disanjung tinggi - Perdana Menteri
BACA: Mangkatnya Sultan yang memerintah Kedah selama 59 tahun
Perwatakan baginda yang baik, pertuturan lembut dan merendah diri, menjadikan baginda kesayangan rakyat Malaysia.
Kerajaan negeri Kedah mengumumkan Tuanku Abdul Halim, 89, mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 2.30 petang semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2017
Kerajaan negeri Kedah mengumumkan Tuanku Abdul Halim, 89, mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 2.30 petang semalam.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah Tunku Ampuan Najihah selamat dimakamkan
Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, yang mangkat pagi tadi selamat dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti, di sini, petang ini.
PM Anwar utus salam takziah atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan salam takziah di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin hari ini.
Negeri Sembilan berduka kemangkatan Tunku Najihah
Rakyat Negeri Sembilan berduka di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin hari ini pada usia 100 tahun.
Tunku Ampuan Najihah mangkat
Jenazah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini, selepas waktu Asar.
Agong, Permaisuri zahir takziah atas pemergian Tunku Zahrah
Tunku Zahrah ialah sepupu kepada Raja Permaisuri Agong.
Permaisuri Johor berangkat ke upacara pemakaman Tunku Zahrah
Almarhumah Tunku Zahrah merupakan sepupu kepada Sultan Ibrahim dan telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor.
Ratu Elizabeth II mangkat kerana sakit tua
Sijil itu menyebut mengatakan baginda mangkat pada jam 3.15 di Istana Balmoral, Scotland pada 8 September.
Raihan kongsi kenangan bertemu Ratu Elizabeth II
Raihan memaklumkan baginda Ratu Elizabeth II pernah menjemput mereka mengadakan persembahan di Edinburgh.
Bendera dikibar separuh tiang susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersama memberikan penghormatan terakhir dengan berkumpul di pekarangan istana.
Sejarah kehidupan Ratu Elizabeth II
Ratu Elizabeth atau Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan di 17 Bruton St, London, pada 21 April 1926.