[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
MALAYSIA

Rakyat Kedah terima air percuma

Salim Aziz 27/02/2018 | 08:45 MYT
Insentif itu diluluskan dalam pembentangan bajet Negeri Kedah 2018, baru-baru ini.
Kerajaan Kedah menawarkan pengecualian caj bekalan air kepada pengguna di negeri itu bagi penggunaan maksimum 20 meter padu sebulan.
Menteri besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, langkah itu diambil bagi mendidik sifat berjimat dan penggunaan air, di samping membantu rakyat untuk mengurangkan bebanan pembayaran terhadap keperluan asas.
"Kita mahu mengajar rakyat berjimat dalam menggunakan air selain membantu mereka mengurangkan beban pembayaran terhadap keperluan asas," katanya selepas merasmikan Insentif Penggunaan Air Percuma oleh Syarikat Air Darulaman (SADA) sempena Hari Air Percuma di sini, hari ini.
Katanya, insentif itu diluluskan dalam pembentangan bajet Negeri Kedah 2018, baru-baru ini.
Selain itu Ahmad Bashah berkata dengan insentif itu, kerajaan negeri akan menanggung kos sebanyak RM1.5 juta setiap bulan atau RM18 juta setahun.
#Ahmad Bashah Md Hanipah #air #Hari Air Percuma #Kedah #percuma #SADA