awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat kena jadi penyibuk, lapor kes rasuah - SPRM

Sinar Harian
Sinar Harian
19/04/2021
21:31 MYT
Rakyat kena jadi penyibuk, lapor kes rasuah - SPRM
Shamshun Baharin berkata masyarakat tidak seharusnya membiarkan perkara yang berlaku di persekitaran mereka begitu sahaja. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Rakyat perlu menjadi 'penyibuk' dalam melaporkan segala kegiatan rasuah yang telah dikenal pasti kepada penguat kuasa bagi tindakan lanjut.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, masyarakat tidak seharusnya membiarkan perkara yang berlaku di persekitaran mereka begitu sahaja.
Menurutnya, ia akan menyebabkan penerima dan pemberi rasuah tersebut tidak dikenakan sebarang tindakan.
“Macam saya kata, satunya masyarakat kena sanggup beri informasi. Maksudnya bagi maklumat. Kalau awak ada informasi, awak kena bagi kepada autoriti.
“Kalau perkara betul berlaku, kita akan kenakan tindakanlah. Jika betul ada isu, terus sahaja buat laporan. Kalau setakat cakap sahaja tak guna,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Rasuah Busters bersama Allianz Malaysia.
Mengulas lanjut, beliau berkata, setiap masyarakat perlu memainkan peranan penting bagi menjayakan usaha menangani gejala rasuah tersebut.
Tambah Shamshun, pihak berautoriti tidak boleh membanteras gejala rasuah sekiranya masyarakat tidak memainkan peranan mereka dalam melaporkan sebarang kegiatan itu.
“Apa yang mustahak bagi saya, masyarakat perlu menjalankan bahagian mereka bagi memastikan negara bersih dengan perkara ini. Jangan bagi kepada autoriti sahaja untuk lakukan,” ujarnya.
Artikal asal disiarkan di portal Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#rasuah busters
#SPRM
#lapor
#Shamsun Baharin Mohd Jamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan