SONGKHLA: Rakyat Malaysia yang bakal memasuki Thailand melalui sempadan darat Thailand-Malaysia harus sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Muhammad Ridzuan Abu Yazid menyarankan rakyat Malaysia yang akan berkunjung ke Thailand melalui pintu sempadan darat Sadao (wilayah Songkhla)-Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Wang Prachan (Satun)-Wang Kelian (Perlis) agar mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak kedutaan dan pejabat konsulat.
"Rakyat Malaysia yang memasuki Thailand harus betul-betul memahami SOP yang ditetapkan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini ketika mereka berada di sini.
"Sekiranya berlaku sesuatu, mereka harus menghubungi terus pihak kedutaan atau pejabat konsul jeneral," katanya kepada Bernama di sini, pada Khamis.
Bermula 1 April, dua pintu sempadan Sadao-Bukit Kayu Hitam dan Wang Prachan-Wang Kelian akan dibuka semula kepada pelancong yang lengkap vaksin COVID-19.
Selain itu, mereka perlu membeli insurans perubatan dengan perlindungan minimum AS$20,000, katanya.
Sementara itu, pengusaha pelancongan di Songkhla di sempadan Thailand-Malaysia membuat persiapan rapi untuk menyambut ketibaan pelancong khususnya dari Malaysia melalui sempadan darat bermula hari ini.
Pembukaan sempadan darat Thailand-Malaysia selepas dua tahun ditutup bagi mengekang penularan COVID-19 dilihat bakal menghidupkan semula industri pelancongan yang terjejas teruk.
Rata-rata pengusaha pelancongan yang ditemui berkongsi kegembiraan untuk menyambut kedatangan pelancong yang ingin melawat ahli keluarga atau menjalankan perniagaan.
Pengusaha hotel, Sitthipong Sitthiprapha berkata pembukaan sempadan darat Sadao-Bukit Kayu Hitam bermula esok merupakan titik permulaan yang penting untuk menghidupkan semula industri pelancongan di selatan Thailand.
"Walaupun ketibaan jumlah pelancong dijangka tidak seramai sebelum COVID-19 pada 2019 tetapi pembukaan semula sempadan darat dijangka memberi kesan positif kepada industri pelancongan dan merancakkan kegiatan ekonomi tempatan," katanya kepada Bernama di sini, semalam.
Rakyat Malaysia menjadi kumpulan pelancong terbesar ke negara itu sebelum pandemik COVID-19. Pada 2019, Thailand mencatat hampir 40 juta pengunjung termasuk 4.1 juta pelawat dari Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022

Rakyat Malaysia yang akan berkunjung ke Thailand melalui pintu sempadan darat Sadao-Bukit Kayu Hitam dan Wang Prachan-Wang Kelian agar mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak kedutaan dan pejabat konsulat. - Foto fail

Konflik Gaza: UK henti rundingan perjanjian bebas dengan Israel
Setiausaha Luar Britain, David Lammy, mengumumkan United Kingdom menghentikan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan Israel.
'Kalau saya menang, saya mungkin mati terkejut' - Rafizi
Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli secara terbuka mengakui beliau akan kalah dalam pemilihan parti itu minggu ini, meskipun kempen berjalan dengan baik dan mendapat sokongan.
[TERKINI] Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.
Pemain warisan juga rakyat Malaysia, wajar disokong
Syarat ditetapkan adalah salah seorang ibu bapa pemain terbabit perlu memiliki kerakyatan Malaysia.
pelancongan Islam, seni dan industri halal jadi taruhan
Pengerusi MATA Datuk Khalid Harun menjangkakan 45 ribu pengunjung akan hadir ke penganjuran Witex dan Wcaf 2025 pada Ogos tidak lama lagi.
Azalina cadang pertimbang umur dinaikkan kepada 65 tahun
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.
Ugut rakan sebar video bogel, 2 remaja ditahan polis
indakan dua remaja lelaki memeras ugut seorang kenalan mereka dengan menggunakan video bogel mangsa akhirnya memakan diri apabila mereka diberkas polis di sebuah pusat beli-belah di Ampang, Ahad lalu.
6 individu termasuk 2 Datuk direman, terima rasuah kontrak
Enam individu termasuk dua penjawat awam bergelar Datuk yang memegang jawatan sebagai pengarah serta seorang jurutera sebuah jabatan kerajaan di ibu negara ditahan reman antara tiga hingga lima hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pembangunan dan penyelenggaraan sejak empat tahun lalu.
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia
Seorang lagi jemaah haji meninggal dunia di Makkah pada Selasa akibat serangan jantung.
Ini adalah kematian ketiga melibatkan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci selepas Allahyarhamah Norizah Tambonan, 47, dan Abdullah Mat yang juga meninggal dunia akibat serangan jantung.
Ini adalah kematian ketiga melibatkan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci selepas Allahyarhamah Norizah Tambonan, 47, dan Abdullah Mat yang juga meninggal dunia akibat serangan jantung.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Mei 2025.

Prestasi skuad sepak takraw membanggakan, berpotensi jadi juara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh hari ini menyifatkan prestasi skuad sepak takraw negara sebagai membanggakan dan berpotensi merampas gelaran juara.

Mayat DJ terkenal Thailand ditemukan dengan kesan tembakan di kepala
Polis menahan dua suspek dan menyiasat kemungkinan suspek ketiga, dengan motif dipercayai berkaitan konflik cinta.

Piala Asia: Ahmad Jais akui regu berpasukan negara belum cukup kuat
Beliau akan membuat penilaian penuh bagi memastikan skuad negara dapat menewaskan seteru utama itu pada kejohanan yang akan datang.

Piala Asia: Penantian 34 tahun berlarutan, Thailand tewaskan Malaysia 2-0
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia sekadar menutup kempen dengan dua trofi menerusi acara kuadran dan regu.

Piala Asia: Malaysia jinakkan Korea Selatan, juarai Kumpulan B
Malaysia melangkah gagah ke peringkat separuh akhir acara regu berpasukan selepas menewaskan Korea Selatan 3-0.

Kes COVID-19 terkawal, KKM terus pantau rapi
Sejumlah 11,727 kes direkodkan dari ME1 hingga ME19 tahun ini, dengan trend penurunan berterusan sejak awal tahun.

Misi belum selesai - Syahir
Mohammad Syahir enggan terlalu dibuai dengan kejayaan merangkul gelaran acara regu setelah menewaskan Thailand pada malam Khamis.

Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia muncul juara regu benam Thailand dengan straight set
Segalanya menjadi buat Malaysia apabila memadamkan cabaran musuh ketat, Thailand, dengan straight set di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Hasrat Malaysia raih juara berganda tidak kesampaian
Gandingan Muhammad Noraizat Nordin dan Muhammad Redwan Hakim Muhammad turun dengan aksi cemerlang untuk mendominasi set pertama dengan 15-7.

Bront Palarae menang trofi Pelakon Pembantu Terbaik di anugerah Thailand
Aktor, Bront Palarae melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai pemenang trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Baan Nang Klang Lakorn ke-21 di Thailand.