KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tidak dijadikan 'mangsa uji kaji' kerana vaksin COVID-19 telah diberikan kepada 30 juta orang di seluruh dunia dan terbukti ia selamat, kata Pengurus Besar Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr M. Murallitharan.
Pengarah perubatan NCSM itu berkata sebarang penghasilan vaksin atau ubat-ubatan perlu melalui beberapa fasa percubaan untuk memastikan ia selamat digunakan.
Beliau menjelaskan vaksin COVID-19 boleh dihasilkan dalam tempoh yang singkat kerana sebahagiannya sudah ada teknologi untuk mewujudkan vaksin itu.
Memetik contoh, beliau berkata orang ramai telah mengambil vaksin selesema yang dibangunkan menggunakan teknologi yang sama dan tiada sesiapapun yang menghadapi kesan serius daripada vaksin (selesema) tersebut.
"Juga, satu daripada petunjuk yang sangat jelas berapa ramai yang telah mengambil vaksin (COVID-19). Setakat kira-kira seminggu yang lepas, lebih daripada 30 juta orang di seluruh dunia telah menerima dos tiga jenis vaksin dalam kumpulan yang besar, dan ini adalah menakjubkan... Pfizer (Pfizer-BioNTech), AstraZeneca, Moderna.
"Kita boleh lihat data dan dari segi kumpulan besar, kita lihat kesan sampingan adalah sangat sedikit. Kita tidak lihat apa-apa tanda yang menunjukkan sebarang bahaya. Sekiranya anda bimbang, 30 juta orang telah menunjukkan bahawa vaksin ini selamat digunakan," katanya ketika ditemu bual dalam program Mid Day Update Bernama TV hari ini.
Beliau menjawab soalan pengacara Jessy Chahal sama ada rakyat Malaysia dijadikan mangsa uji kaji kerana tempoh yang singkat untuk menghasilkan vaksin COVID-19.
Mengenai kepentingan mempunyai imuniti kelompok di negara ini, Dr Murallitharan berkata ia adalah untuk memastikan virus itu tidak mudah merebak kepada masyarakat.
"Apabila seseorang telah dijangkiti COVID-19, mereka berjalan-jalan dan sebarkan kepada orang lain, tetapi individu yang telah divaksin di sekeliling mereka, tidak akan mendapat virus itu.
"Apabila mereka tidak dijangkiti virus itu, mereka tidak dapat menularkannya. Jadi walaupun kita mempunyai sebilangan kecil orang yang mempunyai COVID-19, mereka tidak dapat menyebarkan virus itu kepada orang lain," katanya.
Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak memilih jenama vaksin kerana apa sahaja yang diluluskan oleh pihak berkuasa, akan disahkan oleh Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) demi keselamatan dan keberkesanannya.
Malaysia kini menyertai komuniti global dalam memerangi COVID-19 dengan ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech semalam, bermulanya pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021
Sebarang penghasilan vaksin atau ubat-ubatan perlu melalui beberapa fasa percubaan untuk memastikan ia selamat digunakan. - Twitter Bernama
UMNO rai ulangtahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
Israel sifatkan keputusan UNGA memusnahkan piagam PBB
Duta Israel ke PBB Gilad Erdan sifatkan keputusan UNGA meluluskan resolusi UNSC mempertimbang dan menyokong keanggotaan penuh Palestin, sebagai keputusan memusnahkan piagam PBB.
50 orang maut dalam banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 50 orang maut, dan lebih 100 lagi cedera di Afghanistan akibat banjir susulan hujan lebat di wilayah utara Baghlan pada Jumaat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
PBB lulus resolusi majlis keselamatan pertimbang Palestin sebagai anggota penuh
Resolusi itu diluluskan dengan 143 negara mengundi menyokong, sembilan mengundi menentang dan 25 berkecuali.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Nor Hafizah Selamat berkata insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan. Jelasnya, golongan wanita ini perlu berdiri di atas kaki sendiri selepas dibiar tergantung tidak bertali tidak wajar diabaikan daripada menerima manfaat yang dikhususkan untuk golongan ibu tunggal.
Penstrukturan semula akaun ahli kwsp berkuatkuasa hari ini
Inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP kepada akaun persaraan, akaun sejahtera dan akaun fleksibel akan berkuatkuasa hari ini.
Patuh kepada pemimpin ikhtibar ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa segera
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres ulangi desakan supaya gencatan senjata di Semenanjung Gaza dikuatkuasakan segera.
Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah
Juara tiga kali Pakistan terselamat apabila seri 1-1 dengan pasukan di kedudukan ke-10 dunia, New Zealand.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi dan BPOM melakukan pemantauan bagi membuat rumusan.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.