awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JSJN KL tumpas sindiket edar dadah guna minuman berperisa
Nahas bas ekspres: Pemandu bas ditahan
Kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025, seiring harga simen, pasir - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia di Narathiwat digesa patuhi perintah berkurung

Bernama
Bernama
12/01/2026
05:36 MYT
Rakyat Malaysia di Narathiwat digesa patuhi perintah berkurung
Rakyat Malaysia di Narathiwat digesa mematuhi perintah berkurung yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Thailand susulan insiden keganasan di tiga wilayah selatan negara itu pada Ahad. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menetap atau sedang melawat wilayah Narathiwat digesa mematuhi perintah berkurung yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Thailand susulan siri insiden keganasan di tiga wilayah di selatan negara itu pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Rakyat Malaysia di Narathiwat digesa mematuhi perintah berkurung yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Thailand susulan insiden keganasan di tiga wilayah selatan negara itu pada Ahad.
  • Perintah berkurung menghendaki orang awam berada di rumah dari 9 malam hingga 5 pagi, dengan Konsulat Jeneral Malaysia menasihatkan warganegara Malaysia untuk patuhi arahan tersebut.
  • Pihak berkuasa Thailand melaporkan 11 stesen minyak di tiga wilayah sempadan selatan menjadi sasaran serangan bom dan arson, menyebabkan empat individu cedera pada insiden Ahad.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dalam satu kenyataan, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla berkata perintah berkurung itu menghendaki orang awam berada di rumah dari 9 malam hingga 5 pagi.
"Mengambil kira perkembangan terbaharu ini, warganegara Malaysia yang menetap atau sedang melawat wilayah Narathiwat adalah dinasihatkan untuk mematuhi arahan perintah berkurung, manakala mereka yang berhasrat untuk ke wilayah tersebut hendaklah menangguhkannya sehingga situasi mengizinkan," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang berada di wilayah berkenaan adalah digalakkan supaya mendaftar keberadaan mereka dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di talian +6674 311 062 / +6674 316 274 atau +6693 657 0707 (kecemasan sahaja) atau e-mel di [email protected].
Pihak berkuasa Thailand berkata 11 stesen minyak di tiga wilayah sempadan selatan - Narathiwat, Yala dan Pattani - menjadi sasaran serangan bom dan arson yang dilakukan secara serentak pada awal pagi Ahad mengakibatkan empat individu cedera.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah perintah yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Thailand kepada rakyat Malaysia di wilayah Narathiwat? A: Rakyat Malaysia digesa mematuhi perintah berkurung dari jam 9 malam hingga 5 pagi di wilayah Narathiwat.
  • Q: Apakah nasihat yang diberikan kepada warganegara Malaysia yang berada di wilayah Narathiwat? A: Mereka dinasihatkan untuk mematuhi arahan perintah berkurung serta menangguhkan lawatan ke wilayah tersebut sehingga situasi mengizinkan.
  • Q: Bagaimana cara rakyat Malaysia di wilayah Narathiwat digalakkan untuk mendaftarkan keberadaan mereka? A: Mereka digalakkan mendaftar keberadaan dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla melalui talian telefon atau e-mel yang disediakan.
  • Q: Berapakah jumlah stesen minyak yang menjadi sasaran serangan di tiga wilayah selatan Thailand? A: Sebanyak 11 stesen minyak di wilayah Narathiwat, Yala, dan Pattani menjadi sasaran serangan bom dan arson pada awal pagi Ahad.

Topic Berkaitan
#perintah berkurung
#rakyat Malaysia
#Narathiwat Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan