awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badan Tenis Kenya akui silap beri 'wildcard' kepada pemain 'debutan terburuk' yang tular
Syria isytihar perintah berkurung di Aleppo ketika pertempuran dengan SDF memuncak
Iran alami gangguan internet menyeluruh ketika protes antikerajaan merebak ke seluruh negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia di Sudan selamat, Wisma Putra pantau rapat perkembangan terkini

Bernama
Bernama
27/10/2021
14:55 MYT
Rakyat Malaysia di Sudan selamat, Wisma Putra pantau rapat perkembangan terkini
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, 17 rakyat Malaysia dan seorang staf PETRONAS warganegara Thailand telah ditempatkan sementara di kediaman rasmi duta. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kesemua 50 rakyat Malaysia di Sudan termasuk 25 pelajar yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Khartoum berada dalam keadaan selamat dan pihak kedutaan berhubung rapat dengan mereka.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, 17 rakyat Malaysia dan seorang staf PETRONAS warganegara Thailand telah ditempatkan sementara di kediaman rasmi duta.
"Kedutaan juga telah menasihatkan rakyat Malaysia yang lain di negara ini untuk mengutamakan keselamatan mereka.
"Kementerian Luar terus memantau rapat perkembangan terkini di Sudan, termasuk demonstrasi yang berlarutan di seluruh negara itu. Kementerian juga sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Khartoum," menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Sudan boleh menghubungi Kedutaan atau kementerian melalui saluran berikut: Kedutaan Malaysia di Khartoum di talian : +249 99 070 0350, atau e-mel : [email protected] atau media sosial : @Malawakil,Khartoum (Facebook) @MYEmbKhartoum (Twitter).
Mereka juga boleh menghubungi WISMA PUTRA di talian 03-88874201/4530 pada waktu pejabat atau di 03-88874570 selepas waktu pejabat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sudan
#rakyat Malaysia
#Petronas
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan