awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia digantung atas kesalahan edar dadah di Singapura

Bernama
Bernama
22/11/2019
09:37 MYT
Rakyat Malaysia digantung atas kesalahan edar dadah di Singapura
Seorang rakyat Malaysia, Abd Helmi Ab Halim menjalani hukuman gantung di Penjara Changi hari ini selepas disabitkan atas kesalahan mengedar dadah pada 2017.
Pelaksanaan hukuman itu disahkan oleh Penasihat Lawyers for Liberty (LFL) N. Surendran.
Abd Helmi yang berumur 36 tahun ketika ditahan pada 9 April 2015, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana mengedar 16.56 gram diamorphine pada 24 Mac 2017.
Petisyen pengampunan Abd Helmi ditolak pada Julai lepas.
Peguamnya, Mohamed Muzammil Mohamed ketika dihubungi Bernama berkata, Abd Helmi meminta beliau membawa pulang mayatnya sebaik sahaja hukuman dilaksanakan.
“Ada rancangan untuk membawa pulang jenazahnya ke kampungnya di Johor. Tetapi, seperti yang saya katakan, tiada ahli keluarganya yang menghubungi saya,” katanya.
Dua hari lepas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menggesa Singapura supaya menunjukkan belas kasihan kepada Abd Helmi dengan mengatakan bahawa ia merupakan ketidakadilan dan tidak setimpal bagi keldai dadah menanggung nasib hukuman mati.
“Keadilan mesti dibalas dengan belas kasihan dan saya memohon agar Singapura melakukan sedemikian,” katanya dan menambah bagi mengekang aktiviti pengedaran dadah, ‘kingpins’ dadah serta pengedar sebenar yang berselindung dalam urus niaga pengedaran dadah ini sepatutnya dibawa ke muka pengadilan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#edar dadah
#Penjara Changi
#rakyat Malaysia digantung
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan