MALAYSIA
Rakyat Malaysia diingat tidak bawa masuk vape ke Thailand – Konsul Jeneral
Syed Faizuddin (tiga dari kanan) berkenan menyertai program Kayuhan Merdeka 2025 anjuran MAIPs di Songkhla, Thailand, pada Ahad. -Gambar ihsan MAIPs
SADAO: Rakyat Malaysia yang merancang untuk melancong ke selatan Thailand disaran agar mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mendapatkan insurans perjalanan secukupnya, membawa ubat-ubatan peribadi, serta tidak membawa masuk peralatan vape ke negara itu.
Ringkasan AI
Menurut Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, perbuatan menghisap vape dan penggunaan peralatannya dilarang sama sekali di Thailand dan pelanggaran terhadap undang-undang itu boleh membawa akibat serius.
Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan pelawat Malaysia agar menyimpan nombor-nombor kecemasan di tempat yang mudah dicapai sepanjang tempoh lawatan.
Peringatan itu dikongsi Ahmad Fahmi sempena lawatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke Sekolah Sangkom Islam Wittaya, Sadao pada Ahad.
Lawatan diraja itu diadakan bersempena program Kayuhan Merdeka 2025 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla dan Pejabat Pegawai Daerah Sadao.
Keberangkatan tiba baginda disambut meriah oleh Pengarah sekolah, Dr Taleb Kayem serta pengurusan dan pelajar institusi yang kini berkembang pesat daripada sebuah pondok tradisional kepada sekolah Islam berprestij di selatan Thailand.
Sekolah ini juga telah meraih Royal Awards (2019–2023) sebagai pengiktirafan kecemerlangan pendidikan.
Dengan lebih 2,000 pelajar dari peringkat tadika hingga menengah, sekolah ini aktif dalam pelbagai bidang termasuk sukan, sains, dan perkhemahan pengakap antarabangsa yang melibatkan penyertaan pelajar dari dalam dan luar negara.
Syed Faizuddin yang juga Yang DiPertua MAIPs, turut berkenan menyampaikan sumbangan "Fi Sabilillah MAIPs" kepada sekolah berkenaan bagi menyokong aktiviti pendidikan Islam serta kebajikan pelajar.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor; Pegawai Daerah Sadao Nattakan Sainoi serta para pegawai kanan kerajaan tempatan dan wakil komuniti setempat.
Sadao dipilih sebagai destinasi edisi tahun ini sebagai kesinambungan program kayuhan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan saban tahun, bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta mempromosikan gaya hidup sihat.
Program kayuhan yang disertai oleh ketua-ketua jabatan dari Perlis dan Sadao ini turut menjadi medan diplomasi masyarakat akar umbi dalam mengukuhkan hubungan persaudaraan serta persefahaman di kawasan sempadan.
Ringkasan AI
- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla menasihatkan rakyat Malaysia yang melancong ke selatan Thailand agar mendapatkan insurans perjalanan, membawa ubat peribadi, dan tidak membawa peralatan vape kerana ia dilarang di Thailand.
- Lawatan Raja Muda Perlis ke Sekolah Sangkom Islam Wittaya sempena program Kayuhan Merdeka 2025 disambut meriah, dengan sumbangan disampaikan bagi menyokong pendidikan Islam dan kebajikan pelajar.
- Program kayuhan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Thailand serta mempromosikan gaya hidup sihat dan diplomasi akar umbi di kawasan sempadan.