awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia dilantik sebagai Pakar Scientific Advisory Board bagi OPCW

Bernama
Bernama
31/12/2024
21:00 MYT
Rakyat Malaysia dilantik sebagai Pakar Scientific Advisory Board bagi OPCW
Raja mempunyai lebih 23 tahun kepakaran khusus dalam hal berkaitan senjata kimia. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengumumkan pelantikan seorang rakyat Malaysia, Dr Raja Subramaniam sebagai Pakar dalam Scientific Advisory Board (SAB) bagi Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW).
Kementerian yang turut dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan Raja merupakan seorang daripada tujuh pakar dari rantau Asia dalam SAB.
"Raja akan memulakan perkhidmatan beliau sebagai Pakar SAB bermula 1 Jan 2025 hingga 31 Dis 2027," menurut kementerian dalam satu kenyataan semalam.
Kementerian turut merakamkan penghargaan kepada ketua pengarah OPCW dan masyarakat antarabangsa atas kepercayaan mereka terhadap komitmen Malaysia dalam usaha global ke arah penghapusan senjata kimia.
SAB terdiri daripada 25 orang pakar dari kalangan Negara Anggota OPCW, yang berkhidmat atas kapasiti peribadi dalam memberikan nasihat khusus kepada Ketua Pengarah OPCW yang berpusat di The Hague, mengenai perkembangan saintifik dan teknologi yang berkaitan dengan pelaksanaan Konvensyen Senjata Kimia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
SAB bersidang setahun sekali atau mengikut keperluan seperti yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah OPCW, menurut Wisma Putra.
Raja mempunyai lebih 23 tahun kepakaran khusus dalam hal berkaitan senjata kimia.
Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Analisis Senjata Kimia daripada National Swedish Chemical, Biological, Radioactive and Nuclear (CBRN) Defence Research.
Beliau kini sedang berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBKKSK) di Kementerian Luar Negeri untuk penggal kedua, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#senjata kimia
#Raja Subramaniam
#Scientific Advisory Board OPCW
#Pakar SAB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan