MALAYSIA
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Iran
Wisma Putra mengesahkan kesemua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran berada dalam keadaan selamat. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR : Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke Iran sehingga keadaan di negara itu kembali stabil.
Ringkasan AI
Nasihat itu dikeluarkan Wisma Putra susulan demonstrasi antikerajaan yang dilaporkan tercetus sejak akhir bulan lalu, dengan pertempuran mengganas hampir di seluruh Iran , berpunca daripada krisis ekonomi yang semakin meruncing.
Wisma Putra juga mengesahkan bahawa kesemua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran berada dalam keadaan selamat.
"Bagaimanapun, pihak kedutaan sedang giat menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar bagi menyalurkan bantuan yang sewajarnya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Kedutaan Besar Malaysia turut menggalakkan rakyat Malaysia yang masih belum berdaftar supaya berbuat demikian bagi memudahkan proses komunikasi sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Sementara itu, Wisma Putra menegaskan pihaknya akan terus memantau situasi semasa di Iran dan akan menyalurkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Bagi sebarang bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di talian +98 21 8807 2444 / +98 21 8807 8606 atau +98 933 535 2602 atau emel: mwtehran@kln.gov.my atau mwconsular.teh@gmail.com
Ringkasan AI
- Wisma Putra menasihati rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan tidak penting ke Iran akibat demonstrasi antikerajaan dan pertempuran di seluruh negara itu.
- Kedutaan Besar Malaysia di Tehran mengesahkan keselamatan semua rakyat Malaysia yang berdaftar di sana dan sedang menyediakan bantuan yang diperlukan.
- Wisma Putra akan terus memantau situasi di Iran sambil menggalakkan rakyat Malaysia agar mendaftar dengan kedutaan bagi kemudahan komunikasi ketika kecemasan.