Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak perlu ke kawasan terjejas di Australia

Bernama
Januari 2, 2020 15:22 MYT
Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia supaya menunda perjalanan tidak perlu ke kawasan yang terjejas. - Glen Morey via AP
Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia supaya menunda perjalanan tidak perlu ke kawasan yang terjejas akibat kebakaran belukar di Australia sehingga keadaan bertambah baik.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar berkata nasihat ini dikeluarkan berikutan pengumuman darurat tujuh hari oleh pihak berkuasa New South Wales bermula 3 Jan kerana kebakaran hutan itu menjejaskan banyak kawasan di Australia, terutamanya di pantai timur negara itu.
Selain daripada New South Wales, kawasan lain yang terjejas teruk termasuk Victoria dan Ibu Negara Wilayah Persekutuan Australia (ACT).
Wisma Putra juga menasihatkan rakyat Malaysia yang berada dalam kawasan yang terjejas itu supaya mengutamakan keselamatan mereka dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan wilayah.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Pejabat Konsulat Malaysia di Melbourne atau Pejabat Konsulat Malaysia di Sydney menurut butiran di bawah:
SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI CANBERRA
7 Perth Avenue Yarralumla ACT 2600 Canberra, Australia
Telefon: +612 61200300 / 310 atau +614 16334901
Emel : mwcanberra@kln.gov.my
PEJABAT KONSULAT MALAYSIA, MELBOURNE
Level 1, No. 432 St Kilda Road Melbourne, Victoria 3004, Australia
Telefon: +613 9573 5400 or +61 434 950 600
Emel : mwmelbourne@kln.gov.my
PEJABAT KONSULAT MALAYSIA, SYDNEY
67 Victoria Road, Bellevue Hill, NSW 2023 Sydney, Australia
Telefon: +61 02 9327 7596 or +61 02 9327 7565
Emel : contact@ema.org.au
--BERNAMA
#Australia #kebakaran #Kementerian Luar #keselamatan #Malaysia #Melbourne #Perth #Sydney #Wisma Putra