MALAYSIA
Rakyat Malaysia disaran buat persediaan rapi bercuti ke Hat Yai
Aspek yang perlu diambil kira ialah polisi insurans kenderaan turut menanggung risiko banjir sebagai langkah persediaan awal berdasarkan pengajaran situasi di Hat Yai hujung November lepas. - Foto fail/REUTERS
KRABI: Rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke Hat Yai sempena cuti Tahun Baharu Cina bulan depan disarankan membuat persediaan rapi termasuk memastikan perlindungan insurans kesihatan dan kenderaan bersesuaian sebelum memulakan perjalanan ke Selatan Thailand.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata aspek yang perlu diambil kira ialah polisi insurans kenderaan turut menanggung risiko banjir sebagai langkah persediaan awal berdasarkan pengajaran situasi di Hat Yai hujung November lepas.
"Keadaan sekarang di Hat Yai selamat, jalan-jalan telah dibersihkan," katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke Wilayah Andaman 2026 di sini yang berlangsung pada 23 Jan hingga Ahad.
Rombongan program ziarah yang memasuki edisi ke-11 tahun ini diketuai Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs. Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Hadir sama ahli-ahli Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.
Pada program itu, Raja Muda Perlis turut menghadiri Majlis Sembah Mengadap Tahunan oleh Ketua atau Wakil Majlis Agama Islam (MAI) Enam Wilayah Andaman selain baginda bersama Raja Puan Muda Perlis berkenan mempromosikan masakan Perlis iaitu Kurma Daging dan Tahun Melawat Perlis 2024-2026.
Wilayah Andaman merangkumi Krabi, Ranong, Phuket, Phang Nga, Trang dan Satun.
Dalam pada itu, Ahmad Fahmi berkata kira-kira 60 peratus hotel dan 50 peratus kedai makan telah pun beroperasi semula di Hat Yai setakat ini selepas kejadian banjir itu.
"Saya difahamkan menjelang cuti Tahun Baharu Cina mereka (pihak hotel) sedang giat mengusahakan membuka sebanyak (hingga ke) 80 peratus (hotel) daripada hotel yang ditutup akibat banjir tersebut," katanya.
Mengenai pusat pelancongan utama di Hat Yai, beliau berkata kebanyakan tempat juga telah dibuka untuk orang ramai antaranya Lee Garden Night Market dan Kim Yong Market.
Dalam pada itu, Ahmad Fahmi berkata kerajaan Thailand menganggarkan kerugian keseluruhan di Hat Yai dan kawasan lain akibat banjir mencecah RM1.3 bilion termasuk kerosakan hartanah, premis-premis dan kehilangan punca ekonomi.
-- BERNAMA