awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNJ laksana mobilasi pegawai perubatan kontrak tangani kekurangan di hospital
Tiada aktiviti kuari, pencemaran Teluk Akuan akibat hujan lebat - Exco Perak
Empat cedera kemalangan dua kenderaan lepas Banjaran Titiwangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia ditahan bersama 1kg heroin di Woodlands

Bernama
Bernama
25/10/2017
23:46 MYT
Rakyat Malaysia ditahan bersama 1kg heroin di Woodlands
Pihak berkuasa Singapura menahan seorang lelaki Malaysia berusia 25 tahun dan merampas kira-kira satu kilogram (kg) heroin dianggarkan bernilai S$106,000 (S$1=RM3.10) di pusat pemeriksaan Woodlands pada Rabu. -Gambar fail
Pihak berkuasa Singapura menahan seorang lelaki Malaysia berusia 25 tahun dan merampas kira-kira satu kilogram (kg) heroin dianggarkan bernilai S$106,000 (S$1=RM3.10) di pusat pemeriksaan Woodlands pada Rabu.
Lelaki yang menunggang motosikal bernombor pendaftaran Malaysia tiba di pusat pemeriksaan itu kira-kira 6.30 pagi ditahan untuk pemeriksaan lanjut oleh pegawai dari Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).
Semasa pemeriksaan, pegawai ICA dan Biro Narkotik Pusat (CNB) mengesan dua bungkusan disyaki mengandungi dadah terkawal di bawah tempat duduk motosikal itu.
Lelaki itu kemudian ditahan dan kes diserahkan kepada CNB untuk siasatan lanjut.
Dua bungkusan itu didapati mengandungi kira-kira 1kg heroin.
"Siasatan sedang dijalankan," menurut ICA dan CNB dalam satu kenyataan bersama di sini.
Kenyataan itu menyebut Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntukkan hukuman mati jika jumlah diamorphine (atau heroin tulen) yang diseludup melebihi 15g.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Imigresen
#rakyat Malaysia
#Singapura
#Woodlands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan