[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Rakyat Malaysia ditahan di Sadao: Polis siasat kaitan sindiket dadah

Sinar Harian 08/09/2025 | 05:30 MYT
Menurut Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan sebarang kaitan dengan sindiket dadah tempatan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan sebarang kemungkinan berkaitan penahanan seorang rakyat Malaysia di Sadao, Songkhla, Thailand dengan sindiket dadah negara ini susulan rampasan senjata api serta ratusan butir peluru baru-baru ini.


Ringkasan AI
  • Polis siasat kaitan senjata dengan sindiket dadah selepas seorang rakyat Malaysia ditahan di Sadao, Thailand bersama senjata api dan peluru.
  • Suspek lelaki 30-an ditahan di sekatan jalan raya ketika memandu kereta Kia bernombor pendaftaran Malaysia.
  • Rampasan termasuk dua raifal M4, 300 peluru 5.56mm, peluru .45mm dan 9mm yang kini disiasat oleh pihak berkuasa Thailand.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini sedang menjalankan sama ada senjata api terbabit mempunyai kaitan dengan sindiket dadah.

"JSJN masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan sebarang kaitan dengan sindiket dadah tempatan," katanya pada Isnin.

Terdahulu, media Thailand melaporkan lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 5.35 petang di sebuah sekatan jalan raya oleh anggota Balai Polis Daerah Sadao.

Pemeriksaan terhadap kenderaan jenis Kia bernombor pendaftaran Malaysia yang dipandu suspek menemukan dua laras raifal M4 bersama 300 butir peluru kaliber 5.56 milimeter (mm).

Turut dirampas ialah tujuh magazin peluru 5.56mm, 100 butir peluru kaliber.45mm dan 50 butir peluru kaliber 9mm.

Kesemua senjata dan peluru itu dirampas untuk siasatan lanjut oleh pihak berkuasa Thailand. -- Sinar Harian






#rakyat Malaysia #Sadao Thailand #sindiket dadah #Hussein Omar Khan #rampasan senjata api