awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia gusar hanya 20 peratus pekerja dapat bantuan - MTEM

Astro Awani
Astro Awani
27/05/2020
08:40 MYT
Rakyat Malaysia gusar hanya 20 peratus pekerja dapat bantuan - MTEM
Ahmad Yazid Othman berkata, kerajaan wajar mengambil pendekatan proaktif dengan memberi tambahan bantuan sara hidup. - Gambar fail
Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) yang mendedahkan hanya 20 peratus daripada keseluruhan pekerja mendapat bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, mengundang kegusaran rakyat Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman menegaskan, ia adalah satu realiti memandangkan hanya 16 peratus daripada peruntukan dikeluarkan.
Menurutnya, situasi ini menambah kerisauan golongan berpendapatan rendah kerana ia bukan sahaja menggambarkan penyelesaian komprehensif pihak kerajaan tidak berlaku dalam kadar yang sepatutnya tetapi juga akan memberi tekanan kepada prospek kerja.
"Ia secara langsung akan memberi tekanan kepada majikan untuk melepaskan pekerja ketika dunia berdepan dengan pandemik," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI menerusi Skype di sini, hari ini.
Ahmad Yazid turut berkata, kerajaan wajar mengambil pendekatan proaktif dengan memberi tambahan bantuan sara hidup memandangkan bantuan sebelum ini belum cukup untuk menampung kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kerajaan perlu mencari menggantikan perkerjaan dengan memulakan semula projek-projek terbengkalai seperti infrastruktur dan sebagainya, tambahnya.
"Selain itu, projek latihan pendidikan perlu dihebatkan lagi dalam menyediakan rakyat Malaysia dengan keadaan normal baharu yang dijangka akan berlanjutan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#CMCO
#COVID-19
#ekonomi
#kerajaan
#LAKSANA
#Majlis Tindakan Ekonomi Melayu
#MCO
#MTEM
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PKPB
#Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi N
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan